| AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
| Close | ||
| Loading..... |
Pindaan Dipersetujui Jika Dukung Kepentingan Sarawak
Date : 29 March 2019 Source : Utusan Borneo OnlineKUCHING: Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Peringkat Negeri bersetuju dengan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan jika ia diyakini mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan Sarawak.
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan MA63 Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, ia bagi memastikan pindaan yang dijangka akan dibentangkan di persidangan Parlimen pada 8 hingga 9 April itu bukan sekadar bagi tujuan hiasan sahaja.
“Buat masa ini Jawatankuasa Perundingan tidak mahu mengulas lanjut atau memberi komen mengenai perkara ini sehingga selepas Rang Undang-Undang yang dicadangkan dilihat sendiri oleh ahli jawatankuasa.
“Kami bagaimanapun menyokong mana-mana pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang jika kami yakin kandungan mengandungi penambahbaikan kepada hak serta kepentingan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan MA63 bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

KEMAS KINI: Abang Johari bersama Uggah (kanan), Masing (dua kanan), Asfia (dua kiri) semasa menghadiri mesyuarat jawatankuasa di DUN semalam untuk mengemas kini perkara mengenai rundingan MA63.
Tambah Asfia, isu pindaan berkenaan antara yang dibincangkan pada mesyuarat terbabit selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengumumkan bahawa kabinet persekutuan bersetuju untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan berkenaan.
Liew, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kerja MA63, berkata pindaan perlembagaan itu akan dibentangkan pada sesi parlimen kali ini bagi menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.
Selain itu kata Asfia, jawatankuasa juga telah diberi taklimat bahawa isu dibincangkan oleh jawatankuasa MA63 berjalan dengan lancar meskipun belum ada keputusan muktamad yang dibuat terhadap isu-isu berkaitan.
“Kita mengambil perhatian bahawa ia adalah isu-isu penting kepada negeri dan negara.
“Maka, kami sentiasa bersedia menunggu dan kemas kini tentang Jadual yang sudah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu Persekutuan,” tegasnya.
Beliau memberitahu, memandangkan perbincangan mengenai perkara itu diklasifikasikan sebagai ‘rahsia,’ jawatankuasa tidak boleh mendedahkan kandungan perbincangan tersebut buat masa ini.
“Kami pasti apabila tiba masanya laporan jawatankuasa dimuktamadkan kami akan mengumumkan kepada orang ramai,” kata Asfia.
Terdahulu, mesyuarat turut dihadiri tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, selain Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta yang lain.
oleh Jessica Jawing
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa
Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-555999
Fax
:082-555888
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss
or damage caused by the usage of any information obtained from this
portal. Services provided through this portal are subject to the terms
and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 27105973








