Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak

Semak Status Sarawak Basic Needs Assistance (SKAS) 2026

 Share
 Cetak Halaman Ini

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 ialah bantuan kewangan daripada Kerajaan Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah bagi pembelian barangan makanan asas. 
 

Syarat kelayakan: 

  1. Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan ‘K’ dan menetap di Sarawak 

  1. Penerima SKAS 2026 adalah berdasarkan sumber data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 

Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)adalah antara RM375 hingga RM1,100 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Kategori dan nilai bantuan SKAS adalah seperti berikut:
 

  1. Penerima kategori isi rumah: RM1,100. 

  1. Penerima kategori bujang: RM375. 

  1. Penerima kategori warga emas: RM600.
Bantuan SKAS akan disalurkan kepada penerima dalam tiga peringkat iaitu pada 10 Mac, 15 Mei dan 10 November 2026.
Penerima SKAS mesti memenuhi syarat kelayakan berikut:
  1. Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak; 
  2. Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. 
​Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan.
 
Kategori 1: Isi Rumah 
  • Kahwin; atau 
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; 
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan 
  • Tiada had umur. 
Kategori 2: Bujang 
  • Bujang; atau 
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak menepati syarat; 
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan 
  • Bujang berumur antara 21-59 tahun; atau 
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun. 
Kategori 3: Warga Emas Tiada Pasangan 
  • Bujang; atau 
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda tiada anak yang menepati syarat; 
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan 
  • Had umur 60 tahun dan ke atas. 

Tiada permohonan baharu atau rayuan akan dibuka bagi SKAS 2026. Penerima ditentukan berdasarkan data STR 2026. Sekiranya nama anda tidak tersenarai, permohonan baharu atau rayuan tidak akan diterima.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2026 yang memenuhi syarat kelayakan bantuan SKAS akan disenaraikan secara automatik sebagai penerima SKAS.

Bantuan SKAS akan disalurkan kepada penerima dalam tiga peringkat iaitu pada 10 Mac, 15 Mei dan 10 November 2026.

Penerima yang layak perlu melakukan langkah berikut untuk menuntut SKAS:
  1. Pastikan akaun S Pay Global anda aktif. Bagi pengguna baharu, muat turun aplikasi S PAY GLOBAL dan aktifkan akaun anda. Rujuk panduan pendaftaran di sini: [Video].
  2. Buka aplikasi S PAY GLOBAL dan buat pengesahan (acknowledgement) tuntutan bantuan SKAS. Pengesahan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja bagi membolehkan penerima menerima bantuan bagi ketiga-tiga peringkat pembayaran. Pengesahan boleh dibuat mulai 8 Mac dan seterusnya. Rujuk panduan langkah demi langkah di sini: [Infografik].
Penerima SKAS yang layak dan dikenal pasti melalui senarai STR 2026 hendaklah membuat tuntutan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember 2026.

Tiada pembayaran dikenakan untuk mendapatkan bantuan ini. 


Sila rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak untuk mendapatkan bantuan seterusnya. 


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599, emel ke customerservice@spayglobal.my atau mengisi borang maklumbalas secara atas talian.
 
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to 555999@sarawak.gov.my