| AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
| Close | ||
| Loading..... |
Sarawak Bangun 2,500 Rumah Pertiwiku
Date : 14 January 2019 Source : Utusan Borneo

INISIATIF RAKYAT: Abang Johari ketika melawat Pameran Demi Rakyat Sarawak - Inisiatif Team Abang Jo hari ini.
MIRI: Demi Rakyat di bawah Inisiatif Team Abang Jo, kerajaan negeri akan membangunkan sebanyak 2,500 buah rumah mampu milik di bawah projek perumahannya sendiri, 'Rumah Pertiwiku', berharga RM90,000 hingga RM150,000.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu harga tersebut mampu dibeli oleh kumpulan berpendapatan rendah yang menerima gaji RM800 hingga RM2,500 sebulan.
Katanya projek perintis itu akan dilaksanakan di Kemunyang di Sibu, Jepak di Bintulu, Niah-Lambir di Miri dan Kuching, dibangunkan oleh kerajaan negeri mengikut caranya sendiri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Di Kemunyang sahaja lebih 300 unit rumah ini dibangunkan dan jumlah keseluruhannya pada tahun ini, saya percaya kita mampu bangunkan dari 2,000 hingga 2,500 unit rumah untuk rakyat berpendapatan rendah," katanya.
"Ini adalah strategi jangka panjang untuk kita membantu rakyat memiliki rumah, dan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita akan melaksanakan dasar polisi dari sudut Negeri Sarawak, menggunakan cara kita sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Peringkat Negeri di sini, hari ini.
Syarikat Mutiara Mortgage and Finance pula akan menyuntik dana untuk menyediakan pinjaman kepada para pembeli rumah ini, khususnya yang berpendapatan rendah.
Terdahulu, semasa mesyuarat yang ketiga bagi peringkat negeri selepas Kuching dan Bintulu, Abang Johari diberikan taklimat oleh empat kementeriannya iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Pemodenan Pertanian; Infrastuktur dan Utiliti.
Katanya antara yang akan dilaksanakan ialah empat projek besar yang akan memberi impak besar kepada rakyat iaitu jambatan-jambatan di jalan pesisiran membabitkan Jambatan Batang Lupar; Jambatan Lassa, Jambatan Rambungan dan Jambatan Kemena.
Abang Johari kemudian memberikan pujian beliau kepada kementerian dan kumpulan pelaksana yang dilihat mampu melaksanakannya mengikut jadual, di samping 324 projek di peringkat akar umbi yang mempunyai peruntukan RM6.42 bilion yang memberi impak kepada rakyat.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Sim Kui Han.
Majlis turut menyaksikan Abang Johari melancarkan buku kecil Demi Rakyat Sarawak - Inisiatif Team Abang Jo.
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :1-300-88-7246
Fax :(60) 82-442522
Email: contactcentre@sains.com.my
Online: contactcentre.sains.com.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 31539940



