Page 30 - PBM_2024
P. 30
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
SESI LIBAT URUS RAKAN STRATEGIK
ONE STOP TEENAGE PREGANCY CENTRE
(OSTPC) BAHAGIAN MUKAH
Sesi libat urus One Stop Teenage Pregnancy Centre (OSTPC) Bahagian Mukah telah diadakan pada 11 Oktober
2024. Pendekatan bersepadu dan holistik yang diambil adalah selari dengan objektif Jawatankuasa Pusat
Sehenti Remaja Hamil (OSTPC) dalam usaha mengurangkan kehamilan remaja dan menangani isu-isu yang
dihadapi remaja hamil di negeri ini. Program dan intervensi ini juga selari dengan saranan Kajian Kesihatan
Remaja yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 berhubung dengan
kelaziman tingkah laku risiko kesihatan dan faktor perlindungan dalam kalangan remaja di Sarawak.
ISTIADAT PERBARISAN DAN RAPAT RAKSASA BERSEMPENA DENGAN
SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR TUAN YANG TERUTAMA YANG DI
PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN 2024
Kontinjen Perbarisan Pentadbiran Bahagian Mukah telah mengambil bahagian dalam sambutan Perayaan
Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 12 Oktober 2024, bertempat di
Kuching, Sarawak. Kontinjen Pentadbiran Bahagian Mukah dianggotai oleh 30 kakitangan dari Pejabat
Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Pejabat Daerah Dalat, Pejabat Daerah Matu, Pejabat
Daerah Daro dan Pejabat Daerah Tanjung Manis.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 28
Edisi Tahun 2024

