Page 25 - PBM_2024
P. 25
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
MESYUARAT SDCCM BIL.2/2024
Sarawak Development Coordination Committee Meeting (SDCCM) Bil.2/2024 telah diadakan di Bahagian Mukah
pada 14 Ogos 2024 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian
Mukah yang dipengerusikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk
Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
PERASMIAN PESTA DARO 2024
Pesta Daro 2024 berlangsung selama tujuh hari bermula
25 Ogos hingga 1 September 2024 dengan 25 acara
menarik disediakan kepada orang ramai. Pesta Daro 2024
telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah
Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak Menteri Kewangan
dan Ekonomi Baru II, Menteri Infrastruktur dan
Pembangunan Pelabuhan, pada 25 Ogos 2024 (Ahad) di
Pentas Utama, Tapak Pesta Daro.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 23
Edisi Tahun 2024

