Page 27 - PBM_2024
P. 27

PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
























                        PESTA PULAU BRUIT 2024 - MINI AGROFEST
    Pesta  Pulau  Bruit  2024  menampilkan  konsep  Mini  Agrofest  dengan  mengetengahkan  hasil  pertanian  dan
    perikanan masyarakat tempatan telah diadakan pada 13 hingga 15 September 2024. Majlis Perasmian pesta ini
    diadakan  pada  14  September  2024  (Sabtu)  bertempat  di  Rural  Growth  Center  (RGC)  Semop,  Daro  dan
    dirasmikan  oleh  Datuk  Patinggi  Tan  Sri  (Dr)  Abang  Haji  Abdul  Rahman  Zohari  Bin  Tun  Datuk  Abang  Haji
    Openg, Premier Sarawak.



























                                                                 MAJLIS KESYUKURAN DAN

                                                               ZIKIR MAULUD BERSEMPENA

                                                              SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

                                                                      PERINGKAT NEGERI
                                                                   SARAWAK TAHUN 2024/

                                                                                 1446H

          Mukah  telah  dipilih  untuk  menjadi  tuan  rumah  Majlis  Sambutan  Maulidur  Rasul  Peringkat  Sarawak
          Tahun  1446/2024M  yang  berlangsung  pada  16  hingga  17  September  2024.  Yang  di-Pertua  Negeri
          Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur
          Rasul Peringkat Sarawak 2024 pada 16 September 2024 di Masjid Setia Raja Mukah.

          Acara-acara  iringan  yang  telah  diadakan  adalah  Seminar  ‘Lau  Ka  Na  Bainana’,  Mukah  Berselawat,
          Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Ceramah dan Forum Sempena Maulidur Rasul di Masjid dan Surau di
          setiap  bahagian  di  Sarawak,  Ziarah  Perkampungan  Saudara  Kita,  Pertandingan  Memanah,
          Pertandingan TikTok Challenge Video Kreatif dan Pameran Realiti Maya (VR).

                                             Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah                             M/s 25
                                                     Edisi Tahun 2024
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32