Page 22 - PBM_2024
P. 22
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
M A J L I S P E L A N C A R A N P R O - D R R O A D S H O W 2 0 2 4 D A N E X P O
MAJLIS PELANCARAN PRO-DR ROADSHOW 2024 DAN EXPO
P E N D I D I K A N B A H A G I A N M U K A H
PENDIDIKAN BAHAGIAN MUKAH
Dua acara telah berlangsung secara serentak di Mukah pada 27 Julai 2024, iaitu Pro-DR Roadshow
yang dianjurkan oleh TEGAS dan Expo Pendidikan yang dianjurkan oleh Yayasan Sarawak.
Yang Amat Berhormat Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang
Haji Openg menyampaikan amanat beliau untuk Expo Pendidikan yang juga disiarkan secara langsung
melalui UKAS. Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub Haji Arbi, Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian,
merasmikan kedua-dua program yang diadakan di Kingwood Resort, Mukah.
Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Yang Berhormat Tuan Royston Valentine;
Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah; Encik Peleadzman Anak Ahip, Pegawai Daerah Mukah;
Puan Alina Vincent dari Yayasan Sarawak; Encik Fredick Kevin Buseli, Pengurus Kanan TCIL; dan Encik
Mohd Shafeeq Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah.
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH
TAHUN 2024
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Mukah
tahun 2024 telah diadakan di Masjid Darul Ibadah,
Rajang. Bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia
Madani”, majlis tersebut telah berlangsung pada 29 dan
30 Julai 2024.
Majlis Tilawah Al-Quran bertujuan menghayati
kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup,
meningkatkan kecintaan terhadap kitab suci, dan
memartabatkan budaya membaca serta mengamalkan
ajarannya. Selain itu, ia mengukuhkan ukhwah Islamiah
dan mencungkil bakat qari serta qariah yang berkualiti.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah
Edisi Tahun 2024 M/s 20

