Page 20 - PBM_2024
P. 20
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
PERASMIAN PESTA KAUL
MUKAH TAHUN 2024
Pesta Kaul Mukah 2024 dijayakan dengan kerjasama
oleh rakan strategik Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS).
Berlangsung pada 13 hingga 21 Julai 2024, Pesta Kaul
Mukah telah menarik seramai 10,000 orang pengunjung.
Pesta Kaul Mukah 2024 telah dirasmikan Premier
Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji
Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Teks ucapan dibacakan oleh Menteri Pembangunan
Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56
Dalat, Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri
Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting
Chiew Yew, Timbalan Menteri di Jabatan Premier
Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS),
Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen P.213 Mukah
merangkap timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk
Hajah Hanifah Hajar Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) N.58 Balingian, Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.57 Tellian,
Encik Royston bin Valentine, dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) N.43 Daro, Encik Safiee Ahmad.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah
Edisi Tahun 2024 M/s 18

