Page 26 - PBM_2024
P. 26
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
PERASMIAN PROGRAM PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU SMK
THREE RIVERS & FLAG OFF KONVOI KEMBARA JALUR GEMILANG
TAHUN 2024
Perasmian Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku & Flag Off Konvoi Kembara Merdeka
Jalur Gemilang 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Mukah, Encik
Shafrie bin Saili bertempat di SMK Three Rivers, Mukah pada 30 Ogos 2024.
LAWATAN KERJA SAGO MILLS DALAT & DIALOG BERSAMA
KOPERASI MAS BALAU DALAT BERHAD
Rombongan seramai 7 orang dari Unit Perancang Ekonomi Sarawak diketuai oleh Pengarah Unit
Perancang Ekonomi Sarawak telah mengadakan sesi Lawatan Kerja ke Sago Mills Dalat dan Dialog
Bersama Koperasi Mas Balau Dalat Berhad di Dalat pada 31 Ogos 2024. Sesi lawatan diadakan pada
sebelah pagi, manakala sesi dialog diadakan di Pejabat Daerah Dalat pada sebelah petang.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 24
Edisi Tahun 2024

