Page 28 - PBM_2024
P. 28
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN
2024M/ 1446H
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak merupakan satu daripada perayaan Islam dan
acara rasmi Kerajaan Negeri yang diadakan pada setiap tahun. Diadakan pada 17 September 2024,
perarakan diketuai oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri,
Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, sambil diiringi Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul
Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun
Tuanku Bujang disusuli sebanyak 119 kontinjen tergolong dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta
dari seluruh Sarawak.
Selain mengingati kembali peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai uswah hasanah, iaitu
contoh teladan (role model) bagi semua umat Islam, program-program yang telah dilaksanakan juga
bertujuan mengkaji dan meneliti sejarah perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan ajaran Islam
untuk dihayati dan dicontohi oleh umat Islam masa kini.
LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM (EKSA) KE SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) MUKAH
Sesi lawatan penanda aras tersebut diadakan pada 25 September 2024, bertujuan memberi
pendedahan kepada kakitangan Pejabat Residen Bahagian Mukah kepada Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA). Kakitangan Pejabat Residen menerima taklimat mengenai pelaksanaan EKSA melalui
sesi perkongsian oleh pegawai seranta SK Mukah, seterusnya berpeluang untuk melakukan lawatan
singkat bagi mendapatkan input awal bagaimana untuk mengaplikasikan EKSA di pejabat pentadbiran.
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 26
Edisi Tahun 2024

