Page 31 - PBM_2024
P. 31
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
MAJLIS PELANCARAN HARI SUKAN
NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH
2024
Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian
Mukah 2024 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Kueh
Lei Poh, Residen Bahagian Mukah pada 19 Oktober 2024
bertempat di Dataran Pehin Setia Raja Mukah. Beliau turut
diiringi Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai
Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
MAJLIS PERASMIAN MASJID A-HAJ,
KAMPUNG JERIJEH, TANJUNG MANIS
Majlis perasmian Masjid Al-Haj, Kampung Jerijeh telah
diadakan pada 1 November 2024. Perasmian disempurnakan
oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah
Mohd Sanusi.
Masjid baru tersebut telah dibina bagi menggantikan Masjid
Lama Kampung Jerijeh yang telah usang. Masjid ini bukan
sahaja dijadikan sebagai tempat solat tetapi juga sebagai
tempat menimba ilmu dan aktiviti-aktiviti sosial yang
bermanfaat kepada penduduk setempat.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 29
Edisi Tahun 2024

