Page 34 - PBM_2024
P. 34
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
SAMBUTAN HARI BELIA SARAWAK (HBS) TAHUN
2024
Sambutan Hari Belia Sarawak (HBS) Tahun 2024 telah berlangsung di Kingwood
Resort Mukah dari 4 hingga 8 Disember 2024. Majlis perasmian telah berlangsung
pada 7 Disember 2024 dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji
Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan
Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan
Sarawak.
Hari Belia Sarawak, satu sambutan untuk meraikan semangat muda dan pemimpin
masa depan Sarawak. Acara tahunan ini dianjur khas untuk mengiktiraf dan
memperkasakan belia di bumi Sarawak, memberi platform untuk mereka
mempamerkan bakat, menyertai aktiviti yang bermakna, dan menginspirasi
perubahan positif dalam komuniti mereka.
MUKAH CRITERIUM CHALLENGE 2024
Mukah Criterium Challenge 2024 telah diadakan pada 8
Disember 2024 bertempat di Boulevard Setia Raja Mukah.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.58 Balingian, Encik Abdul
Yakub bin Haji Arbi.
Mukah Criterium Challenge 2024 anjuran GS Cycling Club
dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah telah
berjaya menarik 180 peserta daripada pelbagai latar belakang,
termasuk peserta dari Sarawak, Semenanjung Malaysia,
Brunei Darussalam, Indonesia dan juga Afrika Selatan.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah M/s 32
Edisi Tahun 2024

