Page 29 - PBM_2024
P. 29

PROGRAM & ACARA TAHUN 2024



















                      LAWATAN PENANDA ARAS ROMBONGAN KETUA

              MASYARAKAT DAN KETUA KAUM PEJABAT RESIDEN KOTA

                                SAMARAHAN KE BAHAGIAN MUKAH

          Lawatan  penanda  aras  rombongan  Ketua  Masyarakat  dan  Ketua  Kaum  (KMKK)  yang  diketuai  oleh
          Pejabat  Residen  Bahagian  Kota  Samarahan  telah  diadakan  pada  27  September  2024.  Rombongan
          tersebut telah mengadakan sesi perbincangan bersama pejabat-pejabat daerah di bawah pentadbiran
          Mukah di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pentadbiran Sarawak Bahagian Mukah dan turut mengadakan
          kunjungan hormat kepada Temenggung Haji Hendi bin Suhai di Galeri Warisan Melanau, Oya.





















                                                               MAJLIS PENANGGUHAN RASMI
                                                                       PESTA BELAWAI 2024



            Majlis  Penangguhan  Rasmi  Pesta  Belawai  2024  disempurnakan  oleh  Yang  Amat  Berhormat  Datuk
            Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak
            pada  29  September  2024  (Ahad)  di  Pentas  Belawai  Beach,  Belawai  Daerah  Tanjung  Manis.  Teks
            ucapan YAB Premier dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan
            Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

                                                                 PESTA TANGLUNG BAHAGIAN

                                                                        MUKAH TAHUN 2024

                                                           Pesta Tanglung Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan
                                                           pada Sabtu, 05 Oktober 2024 bertempat di Dataran Pehin
                                                           Setia  Raja  Mukah.  Pesta  ini  diserikan  dengan
                                                           pertandingan    tanglung   gergasi   kreatif,   perarakan
                                                           tanglung  dan  pertandingan  kuih  bulan.  Pesta  Tanglung
                                                           memainkan  peranan  penting  sebagai  platform  untuk
                                                           mengeratkan  hubungan  perpaduan  tanpa  mengira  latar
                                                           belakang, agama atau kaum, budaya dan tradisi.

                                             Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah                             M/s 27
                                                     Edisi Tahun 2024
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34