Page 32 - PBM_2024
P. 32

PROGRAM & ACARA TAHUN 2024





























     PENYERAHAN BENDERA SARAWAK KEPADA DELEGASI ICQCC KE SRI

         LANKA DAN LAWATAN PENANDA ARAS INOVASI KE JEPUN OLEH

                          SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
         Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menyempurnakan
         upacara simbolik penyerahan bendera Sarawak kepada ketua delegasi Sarawak Civil Service (SCS) yang
         bakal berlepas ke Sri Lanka dan Jepun bertempat di Wisma Bapa Malaysia pada 04 November 2024.

         Delegasi  Sarawak  Civil  Service  (SCS)  ke  Colombo,  Sri  Lanka  dijadualkan  menyertai  International
         Convention  on  Quality  Control  Circles  2024  (ICQCC)  ke-49  yang  berlangsung  dari  11  ke  15  November
         2024. Delegasi tersebut terdiri daripada 4 pasukan KIK yang telah memenangi Anugerah Sarawak Civil
         Service  Innovation  Convention  Award  (SCSICA)  2023,  justeru  terpilih  untuk  mewakili  Kerajaan  Negeri
         Sarawak di persada ICQCC 2024. Kumpulan yang terpilih adalah IPOK (Pejabat Residen Bahagian Mukah),
         LANDS  TAHAI  Q  (Pejabat  Tanah  dan  Survei  Cawangan  Limbang),  TECHSKAP  (Bintulu  Development
         Authority), dan EAGLE (Majlis Perbandaran Sibu).
         Sementara  itu,  lawatan  penanda  aras  inovasi  ke  Jepun  pula  berlangsung  dari  1  sehingga  6  Disember
         2024, dianggotai oleh 19 orang ahli delegasi sebagai penghargaan atas dedikasi dan usaha keras sewaktu
         penyertaan mereka pada ICQCC 2022 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

                                                     MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEJABAT
                                                          JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

                                                             BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK

                                                    Pada  06  November  2024,  Pengarah  Pendaftaran  Negara  Negeri
                                                    Sarawak, YBrs. Tuan Mahathir bin Bujang telah hadir menyaksikan
                                                    Majlis  Penyerahan  Projek  Pejabat  Pendaftaran  Negara  Bahagian
                                                    Mukah  yang  telah  siap  sepenuhnya.  Majlis  turut  dihadiri  oleh  YB.
                                                    Tuan  Royston  Valentine  (ADUN  N.57  Tellian),  YBrs.  Tuan  Badrul
                                                    Hisham bin Alias (KPPN), YBrs. Puan Sakthi Eswari A/P Kumareson
                                                    (KDN), YBrs.Tuan Ir. Lim Keat Eng (JKR Malaysia), En. Shafrie bin
                                                    Saili  (Timbalan  Residen  Bahagian  Mukah),  Tuan  Ts.  Yeo  Pui  Hee
                                                    (JKR Mukah), pegawai JPNS dan JKR Bahagian Mukah, wakil dari
                                                    Pejabat Pusat Khidmat P. 213 Mukah serta Pejabat Daerah Mukah.





                                             Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah                             M/s 30
                                                     Edisi Tahun 2024
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37