Demografi

Populasi Penduduk

Negeri Sarawak mempunyai 2.07 juta orang penduduk . Kadar kasar kelahiran dalam tahun 2004 ialah kira-kira 20,300 orang, kadar kasar peningkatan semula jadi ialah 16,200 orang manakala kadar kematian ialah sekitar 4,100 orang. ( Ruj:Yearbook of Statistics, 2005 )

Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran

Daerah pentadbiran yang mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak ialah ibu negeri, Kuching, dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sebanyak 579,900 orang pada tahun 2006. Daerah Samarahan di tempat yang kedua dan diikuti oleh Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, dan Miri, manakala Limbang merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk yang paling sedikit iaitu 45,500 orang dalam tahun 2006. ( Ruj: Facts and Figures 2006,SPU )

Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban, Chinese, Malay, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain. Bandar raya dan bandar dihuni oleh orang Cina dan orang Melayu. Sekarang bilangan orang Bumiputera yang berhijrah ke bandar raya dan bandar juga kian meningkat.

Satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak dan yang banyak membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia ialah kepelbagaian budayanya. Dengan adanya 27 kumpulan etnik asli yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeza, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Kepelbagaian budaya ini juga membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di wilayah ini.