Page 14 - Kuching_Book
P. 14
Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi

bin Abdul Ghani



S aya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh wargakerja


Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Kuching di atas penghasilan buku ini dengan
sokongan dan bantuan daripada wargakerja Jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
Tanpa semangat berpasukan dan setiakawan yang telah sedia terjalin, sama ada di dalam
dan di antara jabatan, usaha seperti ini sedikit sebanyak akan terjejas. Sebagai Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak, sememangnya saya berasa bangga dengan kesungguhan dan
kegigihan yang digembelingkan di dalam penghasilan buku ini.


Pembikinan buku ini adalah atas usaha Kerajaan Negeri untuk merakamkan rekod-rekod
bergambar tentang pembangunan, kemajuan, dan kemakmuran yang telah dicapai
oleh rakyat, serta perjuangan pemimpin-pemimpin di Bahagian Kuching di sepanjang
tempoh 45 tahun Sarawak Maju dalam Malaysia. Tajuk “KucHINg . . . Terus Makmur” adalah
bertepatan dengan status Bahagian Kuching yang lebih maju, di mana penekanan
seterusnya adalah kepada kemakmuran, kesejahteraan, keselesaan dan keamanan
kehidupan penduduknya.

Sebagai anak kelahiran Kuching, semakan saya ke atas buku “KucHINg . . . Terus Makmur”
ini telah membawa banyak kenangan-kenangan manis mengenai Kuching yang dulu.
Saya berasa amat bangga dengan kepesatan pembangunan Bahagian Kuching dalam
tempoh 45 tahun yang lalu. Penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Kuching harus berasa
bertuah di atas nikmat-nikmat kemajuan yang diperolehi. Dengan itu, sama-samalah kita
mensyukurinya dan sama-samalah kita melengkapkan diri untuk perjuangan ke arah
arus pembangunan yang seterusnya. Semoga apa yang tercatat di dalam buku bergambar
ini menjadi kebanggaan untuk diwarisi oleh seluruh penduduk di Bahagian Kuching.

Terima Kasih dan Selamat Membaca.
















DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN ABDUL GHANI
Setiausaha Kerajaan Negeri


vi Kuching . . . terus makmur
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19