Page 10 - Kuching_Book
P. 10
Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud






P ada tahun 2008, kita merayakan 45 tahun Sarawak Maju dalam Malaysia. Ini


merupakan pencapaian yang mengkagumkan bagi negeri kita yang bermula
secara sederhana. Perayaan ulangtahun 45 ini kita raikan dari tahun 2008 hingga
September 2009, sebagai menandakan pencapaian kita dari abad-abad yang sebelumnya.
Sebagai Ketua Menteri, saya memahami perjalanan yang mencabar dan berliku yang dilalui
oleh penduduk negeri Bumi Kenyalang ini di sepanjang tahun-tahun yang sukar itu.


Buku mengenai kemakmuran Bahagian Kuching ini bukan sahaja menandakan perayaan
yang membanggakan, ianya juga mempamerkan pembangunan yang menyeluruh negeri ini.
Pembangunan dan kemakmuran akan hanya dapat dicapai melalui persekitaran politik
yang aman dan stabil. Pembangunan pesat di Bahagian Kuching dan negeri Sarawak
menawarkan taraf kehidupan yang lebih baik dari segala aspek kemudahan, perkhidmatan
sosial, kesihatan, pekerjaan, perdagangan, perindustrian, perhubungan dan peluang-peluang
yang ada.


Bahan-bahan dokumentasi dalam buku ini merupakan hadiah kepada penduduk Sarawak
pada penghujung perayaan ini. Banyak telah kita capai dan banyak lagi perlu kita laksanakan
untuk memenuhi objektif kerajaan yang penyayang. Saya mengambil peluang ini, menjemput
kita semua untuk mengimbas kembali masa silam supaya kita boleh melangkah ke hadapan
dengan rancangan-rancangan pembangunan baru. Setiap fasa pembangunan mestilah
dicatit dan didokumenkan dengan perincian yang tepat untuk membolehkan generasi
masa depan kita mengimbasnya kembali.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa
Pembikinan Buku ini dan kesemua yang telah menyumbang dalam apa cara pun ke atas
kejayaan edisi ini. Saya pasti buku ini akan menjadi satu lagi warisan kepada masyarakat
kita.














PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
Ketua Menteri Sarawak, Menteri Kewangan, Menteri Perancangan
dan Pengurusan Sumber
ii Kuching . . . terus makmur
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15