Page 12 - Kuching_Book
P. 12
Yang Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman

Zohari bin Tun Abang Haji Openg



S etiap lima (5) tahun Kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia, kita dokumenkan


dengan buku-buku untuk mencatatkan pencapaian yang cukup berwarna-warni
bagi negeri kita. Tahun 2008 merupakan 45 tahun perjalanan yang cukup panjang
bagi kita. Sekali lagi, Jawatankuasa Induk telah membuat keputusan supaya setiap
Bahagian Pentadbiran melalui Pejabat Residen masing-masing menghasilkan buku-buku
yang menggambarkan kejayaaan kita sepanjang tempoh tersebut.


Oleh kerana Kuching merupakan Bahagian Pentadbiran yang utama dan terawal di Sarawak,
ianya sudah tentu mempunyai sejarah yang panjang dan berbagai. Bahagian Kuching bukan
sahaja merupakan pusat Ibu Negeri dan Kerajaan, tetapi juga merupakan pintu masuk ke
Selatan Sarawak melalui laluan udara. Di sinilah merupakan pertemuan bagi kebudayaan dan
penduduk di negeri Sarawak. Kesemua pembangunan di Bandaraya Kuching mempunyai nilai-
nilai yang khusus bagi penduduknya. Penduduknyalah yang menggerakkan pembangunan,
sementara kerajaan pula memboleh dan memudahkannya. Kerjasama yang erat di antara
penduduk dan kerajaan inilah yang membolehkan pembangunan di Bahagian Kuching
berjalan dengan lancar. Kejayaan program-program pembangunan yang berorientasikan
rakyat di Kuching adalah disebabkan oleh kepimpinan kukuh YAB Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang kita hormati.


Saya mengucapkan tahniah kepada pengarang/penulis dan Jawatankuasa Kerja bagi
pembikinan buku ini ke atas usaha gigih dan dedikasi mereka memikul tugas-tugas
yang sememangnya bukan mudah. Buku ini merupakan pengadunan yang mengkagumkan
di antara perkara-perkara yang lama dengan yang baru. Penonjolan melalui gambar-gambar
hitam putih dan berwarna-warni telah memberi gambaran yang bergitu jelas dan menarik
mengenai Bahagian Kuching. Saya pasti ianya akan memberi kenikmatan kepada semua
yang membacanya.














DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN ABANG
HAJI OPENG
Menteri Perumahan Sarawak dan Menteri Bertanggungjawab Keatas Perayaan
Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-45, Bahagian Kuching
iv Kuching . . . terus makmur
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17