Page 16 - Kuching_Book
P. 16
Pengarang






T erlebih dahalu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada


kepimpinan kerajaan negeri Sarawak kerana telah memberi kepercayaan kepada
kita untuk menghasilkan buku ini. Kepercayaan ini telah memberi kita sepenuh
kebanggaan untuk menyiapkan buku yang kita tajukkan sebagai “KucHINg . . . Terus
Makmur” ini.


Kuching, selain merupakan Ibu Negeri dan Pusat Pentadbiran Negeri Sarawak, juga
bermulanya sejarah dan pembangunan negeri Sarawak. Oleh itu, Kuching telah mengalami
peroses pembangunan, kemajuan dan perubahan yang lebih pesat dan meluas berbanding
dengan Bahagian-Bahagian lain di negeri ini, sehingga menjadikan Kuching sebuah Bahagian
dan Bandaraya Metropolitan yang maju dan moden. Dengan itu, kita hendaklah mempastikan
bahawa apa yang telah dibangun dan dimajukan di Bahagian dan Bandaraya Kuching harus
berterusan digerak, diperbaiki, dipelihara dan dipulihara supaya Kuching menjadi terus
makmur untuk membolehkan rakyatnya mengecapi kehidupan yang sentiasa sejahtera. Ini
adalah asas rasional kami memberi tajuk “KucHINg . . . Terus Makmur” untuk buku ini,
bersesuaian dengan tema 45 Tahun Sarawak Maju dalam Malaysia.


Kerjasama dan perhatian yang diberi oleh semua pihak dalam apa cara untuk menghasilkan
buku ini, sangatlah membanggakan. Sepenuh penghargaan kita rakamkan kepada semua
yang terlibat, terutama sekali kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud ke atas pandangan jauh beliau supaya buku ini dihasilkan untuk diwarisi oleh
generasi yang akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan kita rakamkan untuk Datuk Amar
Haji Abang Johari bin Tun Openg, Menteri Perumahan Sarawak, Yang Berhormat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul ghani dan Datuk Amar
Wilson Baya Dandot, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, ke atas galakan, panduan dan
teguran yang sedia mereka hulurkan kepada Jawatankuasa kami. Akhir sekali, setinggi-
tinggi terima kasih kepada kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Bahagian Kuching ke
atas sumbangan peruntukan mereka bagi penghasilan dan pencetakan buku ini. Dengan
penuh perasaan syukur dan rendah diri, atas segala usaha yang telah kita gembelingkan ini,
telah menjayakan penghasilan buku “KucHINg . . . Terus Makmur”.


Saya mengucapkan semoga memperoleh kenikmatan membaca dari buku ini.





PUAN RODZIAH MORSHIDI


viii Kuching . . . terus makmur
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21