The Official Portal of the Sarawak Government


NOTIS SEBUT HARGA - Membekal dan menghantar Bekalan Am ke Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Tahun 2025 dan 2026

Date : 02 December 2024     Source : KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK

KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK

NOTIS SEBUT HARGA

 

1.            Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran bagi bekalan / perkhidmatan seperti berikut bagi tempoh dua (2) tahun bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026:

 

 

No. Ruj. Sebut Harga

Tajuk Sebut Harga

Syarat Penyertaan

 

Yuran Dokumen  (RM)

Tarikh Penjualan Dokumen Sebut Harga &

Tarikh Tutup dan Masa Penyerahan Dokumen

KUT/QUO/

2025-2026/

03

Membekal dan menghantar Bekalan Am ke Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Tahun 2025 dan 2026

Mempunyai Sijil UPKJ yang sah untuk Kategori : C Kepala : VI Subkepala : 1a

 

 

 

 

 

(rujuk perkara 3)

 

 

Tarikh Penjualan:

02 - 10 Disember 2024

 

Waktu Penjualan:

Isnin – Jumaat

(8.30 – 11.30 pagi dan

2.00 – 3.00 petang)

 

Tarikh Tutup:     

10 Disember 2024

       12.00 Tengahari

 

 

2.         Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis (rujuk contoh surat perwakilan kuasa) oleh Pemilik / Rakan Kongsi / Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya diwajibkan membawa bersama Sijil Asal Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ) dan Surat Perwakilan Kuasa (jika berkaitan) dan cop syarikat semasa membeli Dokumen Sebut Harga.

3.            Bayaran Yuran Dokumen Sebut Harga bernilai RM10.00 hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Wang Kiriman Pos Berpalang (Postal Order) atau S Pay Global yang dibayar atas nama KERAJAAN SARAWAK dan bukti pembayaran Dokumen Sebut Harga tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

4.         Dokumen Sebut Harga boleh disemak dan dibeli mulai 02 - 10 Disember 2024 pada waktu yang ditetapkan di alamat Unit Merinyu Elektrik, Tingkat 11, Wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

5.         Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan ditulis tajuk sebut harga, no sebut harga, beralamat dan dihantar ke alamat di bawah sebelum 12.00 tengahari pada 02 Disember 2024.

 

PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUT HARGA
KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK,
UNIT MERINYU ELEKTRIK
TINGKAT 11, WISMA SATOK
93400 KUCHING, SARAWAK.

 

6.         Dokumen Sebut Harga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan    dipertimbangkan.  Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.



Media Center