AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Pembukaan Kilang Pemprosesan Grafit Di Samalaju, Pacu Sarawak Pemain Utama Industri Grafit
Date : 02 February 2024 Source : UKAS
JUMAAT, 2 FEBRUARI 2024
KUCHING: Pembukaan Kilang Pemprosesan Grafit di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu bakal memacu usaha Sarawak sebagai pemain utama dalam industri grafit.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia akan membawa kesan positif dalam pembangunan industri kimia di negeri ini sekaligus memberi manfaat kepada rantaian nilai industri hidrogen yang semakin penting dalam ekonomi global.
Ke arah itu, beliau meletakkan keyakinan bahawa kolaborasi antara kerajaan Sarawak melalui SEDC Energy Sdn Bhd dengan Kumpulan Syarikat Gallois yang diwakili oleh Gallois New Energy Materials Malaysia (GNEM) akan memperkukuhkan kedudukan negeri ini dalam arena teknologi dan inovasi global.
“SEDC Energy, yang berada di barisan hadapan dalam perniagaan tenaga mampan, mempunyai pelbagai portfolio termasuk minyak mentah alga, Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), biojisim, bekalan hidrogen, perniagaan huluan dan penyelesaian mobiliti hijau.
“GNEM, sebuah entiti yang baru ditubuhkan, berpotensi untuk menyumbangkan kepakaran dan memberi impak yang besar dalam bidang yang berkaitan ke hadapan dengan tumpuan kepada pemprosesan, pembuatan, pengedaran borong dan pembuatan produk berkaitan grafit,”katanya.
Premier Sarawak berkata demikian semasa berucap di Majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Penubuhan Kilang Pemprosesan Grafit di Samalaju, antara SEDC Energy Sdn Bhd dan Gallois New Energy Materials di sini pada Jumaat.
Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, MoU ini menjadi bukti kepada kesungguhan kerajaan Sarawak secara kolektif dalam memajukan komponen teknologi kimia untuk pengeluaran hidrogen ke arah perkembangan ekonomi yang mampan.
“Dengan MoU ini, diharapkan industri pemprosesan grafit dan sektor teknologi kimia Sarawak dapat terus berkembang, memberi manfaat kepada ekonomi negeri dan negara secara keseluruhannya, serta memperkukuh kedudukan Sarawak dalam arena teknologi dan inovasi global.
“Matlamat kita bersama adalah untuk memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi Sarawak, dengan menekankan hidrogen sebagai sektor strategik yang penting untuk masa depan kita.
“Kerjasama ini akan lebih meningkatkan keupayaan kita terhadap landskap tenaga yang lebih bersih dan hijau,”tegasnya lagi.
Datuk Patinggi Abang Zohari telah menyaksikan pemeteraian MoU berkenaan yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Sdn Bhd Robert Hardin, Ketua Undang-Undang Wong Lee Kiat, Wakil Sah bagi Etablissement Gallois S.A (H.K.) Limited Michael Chai Woon Chew dan Pengarah Gallois Jonathan Chai Ming Chen.
Turut serta ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain, Pengurus Besar SEDC Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, Presiden Kumpulan Syarikat Gallois George Lu dan Ketua Undang-Undang Wong Lee Kiat.-Edisi UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 29747133