AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17
Date : 31 January 2024 Source : UKAS
KUALA LUMPUR: Malaysia menerima Ketua Utama Negara baharu selepas perisytiharan Sultan Johor Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi yang berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Rabu.
Dengan sempurnanya istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17, ia menandakan bermula tempoh pemerintahan lima tahun Sultan Ibrahim sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.
Sultan Ibrahim yang berusia 65 tahun ketika melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong berikrar akan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan mengaku akan bersungguh-sungguh memelihara dan mempertahankan pada setiap masa kesucian agama Islam, keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Istiadat hari ini turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melengkapkan lagi sistem raja berperlembagaan yang diamalkan negara.
Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Oktober tahun lepas, susulan tamat tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.
Sehingga kini, Malaysia telah melalui 17 Ketua Utama Negara secara penggiliran lima tahun sekali dalam kalangan sembilan raja Melayu.
Terdahulu, rakyat pelbagai peringkat telah menunggu awal pagi di sepanjang laluan antara Istana Bukit Serene menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor selain di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor bagi meraikan keberangkatan Sultan Ibrahim yang akan bersemayam sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun.
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 24313545