AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Kerajaan Sarawak Muktamadkan Penambahan Pegangan Saham Dalam Affin Bank Berhad Dalam Masa Terdekat
Date : 30 January 2024 Source : UKAS
SELASA, 30 JANUARI 2024
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan memuktamadkan penambahan pegangan saham mereka di dalam Affin Bank Berhad dalam masa terdekat.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pihaknya kini masih lagi berunding bersama Affin Bank dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi potensi urus niaga saham tambahan.
Menurut beliau, Affin Bank merupakan sebuah syarikat awam dan beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menjejaskan posisi mereka.
“Kita nampak prestasi Affin Bank sangat baik, pada asasnya kita melakukan risikan pasaran.
“Jadi, tidak lama lagi, dalam masa yang terdekat,” katanya semasa sidang media selepas ucaptama sempena Sesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin Tun Razak Exchange di sini pada Selasa.
Untuk rekod, kerajaan Sarawak kini mempunyai 4.95 peratus pegangan dalam bank itu selepas membeli 112.56 juta saham pada pertengahan April 2023 pada harga RM1.97 sesaham, berjumlah RM221.74 juta.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Premier Sarawak juga telah berkongsi mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan Sarawak terutamanya mengenai tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui serta tiga dasar Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030).
Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari juga menyentuh mengenai hasrat Sarawak untuk menjadi ‘Bavaria of Malaysia’.
“Sekiranya Sarawak makmur dan stabil, Malaysia juga akan makmur dan stabil. Di negara German, terdapat sebuah wilayah yang paling kuat bernama Bavaria.
“Misi kita adalah untuk menjadi Bavaria Malaysia,” katanya lagi.
Turut hadir, Timbalan-timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman. -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 24516972