AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Program Jum REGISTA Bantu 2,626 Usahawan Sarawak
Date : 22 February 2023 Source : UKAS
RABU, 22 FEBRUARI 2023
MIRI: Seramai 2,626 usahawan telah dibantu dan berjaya mendaftarkan perniagaan mereka menerusi program Jum Regista Bisnes (REGISTA) semenjak ia diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED).
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, pendaftaran perniagaan memberi peluang untuk usahawan tempatan menikmati bantuan dari pihak kerajaan mahupun institusi kewangan selain dapat meneroka peluang perniagaan lain.
“Ramai usahawan tempatan kita terutamanya di luar bandar masih lagi tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.
“Menyedari keadaan ini, maka kementerian saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Jum REGISTA agar usahawan ‘informal’ terutamanya di luar bandar dapat dibantu untuk mengesahkan perniagaan mereka.
“Usaha formalisasi perniagaan merupakan salah satu pemangkin untuk Sarawak beralih ke arah landskap perniagaan digital,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dalam Majlis Perasmian Program Jum REGISTA Daerah Miri di Dewan Suarah Miri pada Rabu.
Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menambah, pelaksanaan program tersebut adalah selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak untuk memberi perhatian kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia amnya dan Sarawak khasnya.
“Bank Dunia telah mengiktiraf PKS dan pada tahun 2021 melaporkan bahawa 90 peratus daripada komuniti perniagaan merupakan golongan PKS.
“Situasi yang sama jika dilihat secara keseluruhannya di Malaysia dan juga Sarawak di mana golongan PKS termasuk perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil dan kumpulan B40 mewakili 97.4 peratus daripada keseluruhan komuniti perniagaan.
“Ini termasuklah lebih kurang 89,000 PKS dari Sarawak,” ujarnya lagi.
Sekitar 200 orang telah menyertai program Jum REGISTA di Dewan Suarah Miri itu yang merupakan lokasi pertama penganjuran program seumpamanya bagi tahun 2023.
Selain membantu untuk mendaftar dan memiliki lesen perniagaan, program tersebut juga bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan kepada para peserta dalam pengurusan syarikat dan perniagaan agar mereka mampu menjadi lebih berdaya saing dalam dunia perniagaan.
Turut diadakan simbolik penyerahan geran iaitu peruntukan dana pembiayaan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM6.418 juta untuk 205 peserta, dana Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) berjumlah RM24,000 untuk dua usahawan dan dana Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) berjumlah RM16,000 untuk dua usahawan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dr Ripin Lamat, Timbalan Setiausaha Tetap MINTRED Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim serta Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit. -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 30177929