AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
Industri Minyak Sawit Catat Prestasi Meningkat
Date : 08 August 2023 Source : UKAS
SELASA, 8 OGOS 2023
MIRI: Prestasi sektor minyak sawit mencecah RM10 bilion pada suku pertama tahun 2023 sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 5 peratus.
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof memberitahu, sektor tersebut mencapai hasil sebanyak RM9.5 bilion pada suku pertama tahun 2022.
“Minyak sawit telah menjadi tonggak penting bagi sektor agrikomoditi di Malaysia dengan menyediakan pekerjaan dan menyumbang sebahagian besarnya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 yang turut menyaksikan peningkatan sebanyak 5 peratus dalam sektor minyak sawit daripada RM9.5 bilion pada suku pertama 2022 kepada RM10 bilion pada Q1 2023,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Teknologi Pengilangan Minyak Sawit (POMtec) 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Selasa.
Sementara itu, Dato Sri Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata, pelaksanaan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) membuktikan pendekatan strategik kementeriannya dalam mengubah sektor agrikomoditi ke arah menjadi sebuah industri yang mampan dan dipacu alam sekitar.
Beliau menjelas lanjut, inisiatif di bawah rangka kerja tersebut adalah sejajar dengan objektif POMtec 2023 di mana ia akan meningkatkan lagi kemampanan dan amalan tambah nilai dalam sektor minyak sawit sekali gus memenuhi permintaan global untuk pengeluaran dan rantaian nilai yang mampan.
“Seperti yang saya fahami, POMtec 2023 bertujuan untuk mengetengahkan teknologi terkini yang menggalakkan kemampanan termasuk proses yang mesra alam, kecekapan tenaga serta pengurangan sisa.
“Menerusi amalan ini, operasi pengilangan minyak sawit akan membantu untuk melindungi alam sekitar serta meningkatkan kecekapan dan keuntungan operasi,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menggesa agar pengilang minyak sawit mengguna pakai amalan mampan tersebut serta mencuba kaedah dan strategi yang inovatif bagi menambah nilai kepada rantaian pengeluaran minyak sawit.
“‘Midstream processing’, kepelbagaian produk dan penggunaan keluaran sampingan boleh diterokai bagi memaksimumkan potensi industri minyak sawit.
“Dengan berbuat demikian, lebih banyak aliran pendapatan boleh diwujudkan seterusnya meningkatkan daya saing industri minyak sawit kita secara keseluruhannya,” katanya lagi.
Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) KPK Dato’ Zailani Hashim, Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak Eric Kiu Kwong Seng dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur POMtec 2023 Tian Foon Howe. -EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 24305039