AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
|
Close |
Loading..... |
13 Sekolah Menengah, Rendah Di DUN Repok Terima Sumbangan Beg Sekolah
Date : 01 November 2022 Source : UKAS
SELASA, 1 NOVEMBER 2022
SARIKEI: Sebanyak 1699 beg sekolah telah diagaihkan kepada pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di kawasan DUN.45 Repok di bawah Program Pembangunan Sahsiah Pelajar 2023.
Program Pembangunan Sahsiah Pelajar 2023 itu disempurnakan oleh Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok merangkap Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei, Kapitan Ling Dien Yong.
Menurut Kapitan Ling, Dato’ Sri Huang Tiong Sii sangat mengambil berat dalam soal pendidikan khususnya di DUN Repok.
“Ini membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang baik dan kondusif,” katanya.
Beliau juga berharap semua pihak termasuk ibu bapa dan guru bekerjasama dalam meningkatkan prestasi sekolah samada dalam akademik dan sukan.
“Saya amat berharap semua pihak bekerja bersama-sama untuk meningkatkan prestasi sekolah pelajar di dalam akademik dan sukan.
“Begitu juga dalam melahirkan generasi akan datang yang lebih berkualiti, mewujudkan pelbagai bidang negara dan masyarakat cemerlang,” ujarnya.
Dalam majlis itu juga beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di atas peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek-projek di Sarikei.
“Kita di Sarawak amat menghargai dan berterima kasih atas segala bantuan peruntukan oleh Premier Sarawak yang sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat untuk membangunkan Sarawak dan juga Sarikei,” katanya,
Ujarnya, Premier Sarawak sangat prihatin dalam soal meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan DUN Repok.
Tambah beliau, hasil komitmen padu kerajaan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, rakyat berpeluang menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Kerajaan GPS katanya juga sentiasa mengambil berat keperluan penduduk dengan menyalurkan pelbagai projek untuk manfaat rakyat khususnya di DUN Repok.
Sekolah yang menerima sumbangan beg itu adalah SJK Su Hing, SJK Su Lok, SK Sungai Sentebu, SJK Su Lee, SJK Siung Hua, SK Selangan, SMK Ming Lik, SJK Sze Lu, SJK Tiong Ho, SJK St Martin, SMK Sg Paoh, SK Sg Paoh dan SJK Kwang Chien.
Hadir sama Ketua Wanita SUPP Cawangan Sarikei Wong Zee Yeng, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei Andrew Wong Pak Ung, Penghulu Huang Tiong Kang dan tetamu jemputan yang lain. – EDISI UKAS
State Secretary
Sarawak State Secretary Office,
Level 20 , Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, 93502 Kuching
Tel :082-441957
Fax :082-441677
Email: 555999@sarawak.gov.my
Copyright © 2018-2025 Sarawak Government. All rights reserved
Disclaimer: The Government of Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. Services provided through this portal are subject to the terms and conditions of the respective providers
Best viewed with latest Firefox and latest Google Chrome in 1024 x 768 screen resolution.
No. of visitors 29735873