The Official Portal of the Sarawak Government


SPPRP Beri Peluang Kepada Rakyat Sarawak Bina Rumah Panjang

Date : 07 October 2022     Source : UKAS

JUMAAT, 7 OKTOBER 2022

SIBU: Seramai 51 penduduk di tiga buah rumah panjang di Sibu telah menerima Surat Tawaran Skim Pinjaman Perumahan Rumah Panjang (SPPRP).

Inisiatif Kerajaan Sarawak memperkenalkan SPPRP telah memberikan peluang kepada masyarakat di negeri ini memohon pinjaman tersebut bagi membina baru rumah panjang mereka. 

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Edwin Banta berkata dengan adanya pinjaman seperti ini, akan dapat memberikan kelegaan kepada penduduk untuk membina rumah mereka dengan menyediakan kemudahan SPPRP dengan bayaran balik yang rendah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran SPPRP di sini pada Khamis.

Penduduk dari Rh Das, Rh Narang dan Rh Penshie mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM30 ribu sepintu dengan keseluruhan peruntukkan adalah RM1,530.00.

Melalui kemudahan ini, penduduk hanya perlu membayar secara ansuran sebanyak RM100 dalam tempoh 25 tahun.

Turut hadir ialah Pegawai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Bahagian Rumah Panjang, Brendan Kamin, Penghulu Julia Awal dan Penghulu Bansa. -EDISI UKAS



Media Center