The Official Portal of the Sarawak Government

Soalan Lazim Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Back to BKSS

1. Siapakah yang layak untuk menerima BKSS?
Penerima BKSS adalah penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
 
 
2. Bagaimanakah bayaran untuk menerima BKSS akan dibuat?
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
 
 
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :
a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020; dan
b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020. 
 
 
3. Bagaimanakah saya boleh menyemak status penerimaan BKSS?
Anda tidak perlu membuat semakan. Sekiranya anda ada menerima BSH Januari 2020, secara automatiknya anda juga layak untuk menerima BKSS.
 
 
 
4. Bagaimana hendak membuat permohonan rayuan BKSS?
Rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
 
Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
 
Tempoh rayuan adalah dari 18 April hingga 28 April 2020.
 
 
5. Bagaimana hendak menyemak keputusan rayuan?
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
 
 
 
*Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan.
 
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my
 

 
 
 
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:555999@sarawak.gov.my