Tempat Menarik

Negeri Sarawak mempunyai 15 kawasan yang dilindungi sepenuhnya, 4 kawasan hidupan liar dan 5 kawasan simpanan semula jadi. Antara 18 taman negara ialah Mulu, Bako, Niah, Bukit Lambir, Similajau, Gunung Gading, Kubah, Batang Ai, Loagan Bunut, Tanjung Datu, Talang-Talang dan Pulau Satang, Bukit Tiban, Maludam, Paya Bakau Rajang, dan Gunung Buda.Taman Negara Niah berupa yang paling bersejarah, tempat ahli-ahli arkiologi menemui tengkorak moden bertarikh terawal di Asia di Gua Niah yang terkenal di merata dunia. Taman Negara Mulu berupa tempat pelawat dapat melawat Gunng Mulu, dan menyaksikan batu pasir yang setinggi 2,377 meter, dan gua-gua batu kapur.

Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya mempunyai beberapa tempat rekreasi seperti Taman Stutong, Gua Angin dan Gua Pari-pari dan pusat pemulihan orang hutan di Semenggok dan Matang. Pelawat yang berminat terhadap sejarah negeri Sarawak dan warisan budaya boleh melawat Muzium Sarawak, Kampung Budaya di Damai atau jejak warisan Kuching di pusat bandar raya.