Page 14 - Samarahan_Book
P. 14
LIDAH PENGARANG



B ak kata pepatah sebuah gambar mengungkapkan seribu kata, dan mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Apa


lagi cara yang lebih baik bagi kita merakamkan memori zaman lampau dan pengalaman masa ini kalau tidak melalui
kata-kata indah yang diungkapkan dalam penerbitan yang bertenaga ini.

Buku ini bukan usaha mengisahkan semula cerita-cerita lama. Sebaliknya, penerbitannya bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran di kalangan rakyat bahawa kehidupan di kawasan desa itu memang mudah dan penduduk desa itu sentiasa
berhasrat untuk menikmai kehidupan yang setaraf dengan rakan mereka di kawasan bandar. Memaparkan semula memori
lampau bahawa pembangunan tidak datang dengan mudah, tetapi memerlukan usaha yang gigih pemimpin terdahulu dan
kini serta sokongan penuh rakyat baik terhadap peti undi mahupun penerimaan menyeluruh terhadap projek pembangunan
yang diberikan.

Dalam buku ini, kami mengiktiraf bahawa pembangunan di Bahagian Samarahan banyak dipengaruhi oleh usaha gigih,
perancangan yang unggul dan yang berpandangan jauh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
dengan sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terdahulu dan yang sedang berkhidmat, sejak 45 tahun negeri Sarawak
merdeka dalam Malaysia. Kepercayaan dan kerjasama rakyat Bahagian Samarahan terhadap pemimpin mereka telah mem-
bolehkan pembangunan dilaksanakan dengan jayanya. Usaha gigih ini telah merubah seluruh wajah Samarahan, menjadi-
kannya mengalami wajah yang sangat berbeza daripada rupanya pada tahun 1963 berbanding dengan rupanya pada tahun
2008. Ini telah membolehkan kehidupan penduduk di Bahagian Samarahan untuk bergerak ke arah yang lebih maju.

Dengan faedah yang dinikmati rakyat, kegigihan dan iltizam dalam memberikan kemudahan dan prasarana di Bahagian
Samarahan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang berada di sini sejak tahun 1963, telah membangunkan
Samarahan menjadi sebuah bandar baru. Bandar ini bukan tanpa semangat tetapi penuh dengan ilmu dan keindahan. Ini
memang sesuai dengan gelarannya sebagai bandar ilmu, Samarahan kini dikurniai dua mercu tanda penting iaitu UNIMAS
dan UiTM.
Izinkanlah kami membawa pembaca melalui kapsul masa yang menyentuh dan merasa emosi yang terkandung dalam
gambar-gambar ini. Dedikasi yang ditunjukkan oleh usaha yang tidak mengenal penat dan lelah itu untuk terus membangun
dan senyuman di muka setiap orang baik pemimpin mahupun rakyat, dan keringat yang telah membuahkan hasil daripada
“kampung terpencil ke desa ilmu.”

Kami menabik semua pemimpin yang telah bersusah payah dan berhujan, berpanas membawa kemudahan asas kepada
penduduk kampung yang akhirnya membuka dunia yang luas untuk dinikmati mereka.

Kalungan penghargaan dan terima kasih kami sembahkan kepada mereka yang telah berkhidmat demi faedah Bahagian
Samarahan.









DR. SULAIMAN HJ. HUSAINI
KETUA PENGARANG
RESIDEN BAHAGIAN SAMARAHAN





14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19