Page 12 - Samarahan_Book
P. 12
SEULAS PINANG


T erlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pihak Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan pihak Pejabat-Pejabat


Daerah di Bahagian Samarahan kerana telah berjaya menerbitkan buku edisi khas ini. Buku edisi khas ini diterbitkan bersem-
pena dengan Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia. Antara lain, penerbitan ini bertujuan untuk merekod dan
melakarkan peristiwa dan sejarah pembangunan serta sumbangan perkhidmatan awam dalam memajukan Bahagian Samarahan.
Dengan penerbitan buku ini, diharapkan agar anggota perkhidmatan awam yang bertugas di bahagian ini akan dapat meningkatkan
tahap sumbangan mereka dalam memberikan perkhidmatan dan juga memakmurkan masyarakat di Bahagian Samarahan.
Buku ini juga mengisahkan kesungguhan pemimpin dan rakyat dalam memajukan negeri dan kampung halaman kita. Dari
kampung terpencil ke pekan dan seterusnya dihubungkan terus ke dunia luar. Ini ialah kejayaan dalam usaha Kerajaan kita mem-
bangunkan kawasan dan meningkatkan ekonomi rakyat jelata di Bahagian Samarahan ini.
Sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia ini kita gunakan untuk menyedarkan diri kita bahawa pemimpin yang lalu
telah meletakkan asas pembangunan untuk transformasi dalam beberapa dekad yang lalu sehingga kita berada di peringkat pem-
bangunan dan keselesaan sekarang. Pembangunan yang pesat telah dapat dicapai dalam beberapa dekad yang lalu hasil daripada
pengorbanan dan kerjasama pemimpin dan rakyat. Dalam perkara ini, masa ini dan abad yang akan datang, kita perkukuh kerjasa-
ma dan sokongan di bawah panji-panji Barisan Nasional untuk terus maju ke hadapan demi negara kita. Dasar Kerajaan Barisan
Nasional dalam pembangunan dari dulu hingga sekarang patut dipuji. Saya telah mewarisi pembangunan daripada pemimpin yang
dulu, Kerajaan Barisan Nasional sekarang di bawah pemimpin YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sangatlah prihatin tehadap
nasib rakyat. Beliau mempelopori falsafah politik pembangunan dan melalui pengarapan falsafah inilah beliau berjaya memba-
ngunkan kawasan kita.

Ini telah mengubah wajah daerah-daerah di Bahagian Samarahan. Dalam kita menikmati pembangunan yang pesat ini, kita
perlu mengenang kembali peristiwa yang telah lalu dan kita perlu memikirkan hala tuju kita supaya kita dapat mengapai sesuatu
yang lebih baik daripada yang kita miliki sekarang. Peristiwa lama sejak Konfrantasi 1960-an dan ancaman komunis dalam tahun
1970-an sudah cukup untuk menyedarkan kita betapa berharganya keamanan dan pembangunan yang berterusan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pehin Sri
Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak kerana memberikan kepercayaan kepada saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Perayaan Peringkat Bahagian Samarahan dan seterusnya merancang pelbagai aktiviti bagi memeriahkan sambutan di peringkat
Bahagian Samarahan yang diadakan sepanjang tahun. Marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh dan juga me-
nyumbangkan ide dalam memajukan negeri Sarawak yang tercinta ini.














DATUK MICHAEL MANYIN ANAK JAWoNG
MENTERI PEMBANGUNAN BANDAR DAN PELANCONGAN SARAWAK


12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17