Page 16 - Samarahan_Book
P. 16
PENGHARGAAN



P enyediaan buku bergambar ini merupakan tugas yang sukar dan rumit. Rekod-rekod disimpan oleh pelbagai pihak perlu

diperoleh, dikaji dan diteliti sebelum boleh diterima sebagai bahan tulisan. Walaupun begitu, tugas berat ini menjadi mudah
dan lancar dengan adanya bantuan dan sokongan penuh pelbagai agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan individu.
Tanpa kerjasama ini, penulisan dan penyediaan buku ini tidak akan mencapai objektifnya. Untuk itu, kami ingin mengucapkan dan
merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak.
Sekalung penghargaan juga dipersembahkan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana telah
banyak memberi inspirasi dan sumbangan dalam pembangunan di Bahagian Samarahan. YAB Ketua Menteri telah merubah wajah
Bahagian Samarahan menjadi lebih membangun. Lawatan dan penglibatan beliau di Bahagian Samarahan sejak tahun 1963 hingga
sekarang sentiasa disambut baik dan disayangi oleh rakyat. Ini telah banyak membentuk konsep buku ini.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Michael Manyin anak Jawong, YB Dato Sri Sulaiman Abdul
Rahman Taib, YB Tuan Hj. Naroden bin Majais, YB Dato Sri Mohamad Ali Mahmud, YB Datuk Richard Riot ak. Jaem, YB Datuk Wan
Wahab bin Wan Sanusi, YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, YB Datuk Hajjah Rohani Karim, YB Dato James Dawos, YB
Encik Frederick Bayoi anak Manggie, YB Tuan Haji Julaihi bin Narawi, YB Encik Snowdan Lawan, YB Hajjah Nancy binti Shukri dan
YB Encik Masir Kujat, kerana sokongan dan bantuan dalam menyediakan buku ini. Sumbangan para ahli Yang Berhormat dalam
berkongsi gambar dan album mereka sangatlah disanjungi dan dihargai.
Seterusnya kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Wilson
Baya Dandot yang memberikan sokongan, komitmen yang tinggi dan galakan yang berterusan dalam penyediaan buku ini. Kami
juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Michael Manyin anak Jawong dan YB Tuan Haji Naroden bin Majais kerana
menyediakan kemudahan helikopter bagi penggambaraan dari udara.
Masalah dalam pengumpulan gambar-gambar hitam putih selepas tahun 1960-an telah banyak diselesaikan oleh Encik Resat
bin Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak (JPMS), Cik Khadijah Ahmad dari jabatan yang sama juga telah
banyak membantu. Kebanyakan gambar hitam putih yang dimuatkan dalam buku ini merupakan ihsan dari JPMS. Selain itu, ada
sebilangan gambar hitam putih yang disumbangkan individu di Bahagian Samarahan. Tidak lupa juga kami ucapkan terima kasih
kepada jurugambar-jurugambar pada tahun 1960-an hingga sekarang, antaranya yang kami kenali ialah Pak Matyassin Sham dan
Muniandi Supiah dari JPMS. Terima kasih juga kepada Dr. Kamil Salem, Encik Adli Kiprawi yang banyak menyumbangkan gambar
baru. Kami tabik Encik Adli Kiprawi dan Encik Ting Ting King yang tidak mengira keselamatan diri sendiri dalam mengambil gambar
dari udara. Ucapan ribuan terima kasih juga diberi kepada penduduk kampung yang membekalkan gambar-gambar lama serta
semua pihak yang wajah mereka terakam dalam buku ini.
Penerbitan buku ini ialah usaha kerja berpasukan. Penyumbang utama ialah jurugambar dan Pengarah Kreatif, Dr. Kamil Salem
yang telah mengambil gambar yang bermutu tinggi dan memberi panduan mengenai buku; ketua pereka bentuk, Encik Alfean Aziz
yang begitu komited, Zul Usup yang memastikan kualiti gambar yang tinggi dan penyimpanan rekod gambar yang sistematik; Datu
Sanib Said pengarang Bab 1, 2 dan 3; Encik Mohd. Ainnie Wahab dan Cik Asmah pengarang Bab 4; Puan Rubiah Wang pengarang
Bab 5; Encik John Illus dan Encik Rufus pengarang Bab 6; Encik Adli Kiprawi pengarang Bab 7; dan Encik Zasran Abdullah penyun-
ting. Mereka semua adalah bertanggungjawab dan profesional. Kami sungguh bertuah dapat kerjasama dengan mereka semua.

Akhir sekali, rakaman penghargaan dan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang tidak dapat kami sebutkan nama
mereka satu persatu dalam proses penerbitan buku ini.
























16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21