Page 13 - Samarahan_Book
P. 13
SERANGKAP MADAH


S ekalung penghargaan saya sampaikan kepada pihak Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan pihak Pejabat-


Pejabat Daerah di Bahagian Samarahan kerana menjemput saya menyampaikan sepatah dua kata dalam buku edisi
khas ini.
Saya yakin bahawa buku ini akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada pembaca khasnya dan penduduk
Samarahan amnya tentang kisah kejayaan dan pembangunan yang berlaku di bahagian ini. Buku ini boleh memberikan
impak yang mendalam kepada penduduk Bahagian Samarahan apabila mereka dapat mengetahui usaha-usaha yang
dipelopori Kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Seterusnya saya berharap masyarakat akan dapat
menghargai dan menyanjungi sumbangan dan peranan perkhidmatan awam dalam membangunkan negeri Sarawak, se-
lama ini khususnya Bahagian Samarahan. Ini semuanya tercapai dengan adanya sumbangan besar anggota perkhidmatan
awam Negeri dan Persekutuan.

Beberapa dekad yang lalu, Kota Samarahan ialah pekan kecil yang terpencil yang sukar untuk dikunjungi. Tetapi
dengan adanya Kerajaan yang berdedikasi dan berjiwa rakyat, pekan kecil ini telah berubah wajah menjadi kota dan
dikenali dengan kota ilmu. Kewujudan beberapa institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak, Universiti
Teknologi MARA dan Institut Perguruan Tun Abdul Razak di Kota Samarahan telah banyak membantu Sarawak dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti dan dinamik.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera perkhidmatan awam Bahagian
Samarahan kerana daya usaha yang tidak mengenal penat dalam membantu Kerajaan membangunkan Bahagian Sama-
rahan. Teruskan perjuangan yang murni ini untuk kebaikan bersama dan kesejahteraan rakyat.




















DATUK AMAR WILSoN BAYA DANDoT

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK











13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18