Page 10 - Samarahan_Book
P. 10
SEKAPUR SIRIH



S aya mengucapkan syabas kepada pihak Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan pihak Pejabat-Pejabat Daerah

di Bahagian Samarahan kerana berusaha menerbitkan buku bergambar yang bertajuk “Samarahan, Dari Kampung
Terpencil Ke Desa Ilmu.” Buku bergambar mengenai Bahagian Samarahan ini memuatkan rekod dan fakta sejarah,
peristiwa penting, perjuangan dan kemajuan pembangunan selepas Merdeka sehingga kini.
Oleh itu, buku ini mempunyai maklumat yang berharga dan sangat berguna kepada semua pihak, lebih-lebih lagi untuk
generasi yang akan datang. Generasi akan datang perlu mengetahui fakta yang tepat tentang kemerdekaan. Ini sangatlah
lebih penting supaya mereka mengenali dan menghargai sejarah perjuangan kemerdekaan dan usaha pengisian kemerde-
kaan oleh pemimpin-pemimpin dahulu dan kini.

Menyingkap sedikit lipatan sejarah selepas Merdeka, sistem perhubungan dan pengangkutan sangatlah sukar. Untuk
bergerak dari satu kampung ke satu kampung yang lain, penduduk perlu menggunakan perahu dan berjalan kaki yang
mengambil masa berjam-jam lamanya. Kawasan pesisiran sering dilanda banjir. Keadaan banjir yang berterusan apabila air
pasang dan hujan lebat mengekang pembangunan kampung-kampung dan sosio-ekonomi penduduk. Suasana yang serba
kekurangan ini telah menyulitkan kehidupan penduduk luar bandar.
Keadaan yang sukar ini memberi suntikan semangat kepada pemimpin-pemimpin ketika itu untuk terus cekal dan gigih
berjuang dan berusaha untuk membaiki keadaan. Syukur alhamdulillah, usaha kita telah membuahkan hasil dengan pelbagai
kemudahan telah dapat disediakan seperti jalan raya, sekolah, klinik, dewan, air bersih dan bekalan elektrik. Sistem tebatan
banjir dan saliran telah dapat mengatasi masalah banjir. Pertanian menjadi lebih mudah dijalankan dan hasil tanaman petani-
petani telah meningkat berlipat ganda. Kesihatan dan keselesaan rakyat telah bertambah baik semuanya hasil daripada
dasar pembangunan yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada
rakyat di Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan, Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bahagian Samarahan
pada tahun 1986 dan Kota Samarahan sebagai pusat pentadbiran. Kota Samarahan telah dimantapkan lagi dengan pemba-
ngunan gedung ilmu iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi MARA, (UiTM), Institut Perguruan Tun
Abdul Razak (IPTAR) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).
Penerbitan buku ini memang tepat pada masanya dan pasti dapat membantu dan membimbing golongan muda, generasi
sekarang dan akan datang memahami dan menghargai erti kemerdekaan dan pengorbanan generasi dahulu serta dasar
Kerajaan Barisan Nasional yang berlandaskan politik pembangunan.

Penghargaan juga harus diberikan kepada pemimpin generasi dahulu yang banyak berkorban untuk pembangunan Ba-
hagian Samarahan. Usaha penerbitan buku ini patut dipuji dan dihargai.





















PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
YAB KETUA MENTERI SARAWAKW




10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15