Page 16 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 16
Taklimat Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)
Kepada Pegawai Seranta Integriti Anak-Anak
Syarikat PUSAKA
3 November 2022
Bahagian Integriti telah mengadakan
taklimat Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
(CRM) PUSAKA bertempat di Tingkat 19,
Wisma Sumber Alam.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan
Othman Bin Anyan daripada SPRM dan
dihadiri oleh anggota daripada 13 orang
pegawai seranta integriti anak-anak
syarikat PUSAKA yang telah dilantik.
Puan Suraya binti Mohamad Ali selaku
Penolong Pengurus Besar Integriti PUSAKA
terlebih dahulu memberi penerangan
mengenai pengenalan pelaksanaan model
klon integriti cetusan idea daripada
Pengurus Besar PUSAKA ini.
Antara topik yang disampaikan kepada
pegawai-pegawai seranta integriti ini ialah
cara pembangunan dan pelaksanaan serta
pemantauan Pelan Pengurusan Risiko
Rasuah (CRM) di anak syarikat nanti.
13