Page 18 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 18

Program Integriti Sebagai Satu

       Tanggungjawab Sosial di SK Tanjong Manis





    1 Disember 2022


    PUSAKA melalui Bahagian Integriti telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan untuk
    menganjurkan  Program  Integriti  di  SK  Tanjong  Manis.  Program  ini  telah  dirasmikan  pada  1
    Disember  2022  yang  lalu  oleh  Pengurus  Besar  PUSAKA  yang  diwakili  oleh  Penolong  Pengurus
    Besar  Bahagian  Integriti  PUSAKA  iaitu  Puan  Suraya  Binti  Mohamad  Ali.  Program  ini  merupakan
    projek yang julung kali diadakan di sekolah selepas negara kita melalui fasa pandemik covid-19.


    Program ini bertujuan untuk melaksanakan penerapan nilai integriti di sekolah-sekolah di Sarawak
    selaras dengan Pelan Strategik PUSAKA Tema 4 iaitu bekerjasama dengan sekolah-sekolah tentang
    nilai  integriti  di  kalangan  pelajar  sekolah.  Dengan  erti  kata  lain,  program  ini  turut  berperanan

    sebagai satu Tanggungjawab Sosial Korporat PUSAKA di sekolah. Disamping itu, program integriti
    ini  juga  merupakan  salah  satu  program  “outreach”  PUSAKA  untuk  sekolah-sekolah  di  Sarawak
    sempena  dengan  sambutan  ulangtahun  PUSAKA  yang  ke-50  pada  tahun  hadapan  di  mana
    program ini bermula di sekolah Sk Tanjong Manis yang terletak di Kawasan Projek Mega PUSAKA.


    Majlis  perasmian  program  integriti  ini  turut  dihadiri  oleh  Timbalan  Pegawai  Pendidikan  Daerah
    Daro, Ketua Pegawai Seksyen Integriti dari Unit Integriti & Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS)
    Jabatan  Premier,  Pengerusi  Majlis-Majlis  Guru  Besar  Daerah  Daro,  Belawai  dan  Tanjung  Manis
    serta beberapa Penolong Pengurus Besar PUSAKA selaku tetamu jemputan.


    Pengisian  Program  Integriti  ini  termasuk  memperkenalkan  SUDUT  INTEGRITI  di  sekolah  sebagai
    langkah  permulaan  untuk  mendedahkan  kepada  para  pelajar  sekolah  tentang  pentingnya  nilai
    integriti  kepada  mereka.  SUDUT  INTEGRITI  turut  dirasmikan  pada  hari  yang  sama    dimana
    Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Daro telah dijemput untuk merasmikannya. Selain daripada
    itu,  para  pelajar  sekolah  telah  diberi  peluang  untuk  menyertai  pertandingan  yang  berasaskan
    integriti iaitu pertandingan mewarna dan kuiz dimana para pemenang telah diumumkan selepas
    majlis perasmian program.
































                                                                                               15
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23