Page 15 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 15
Taklimat Kesedaran Mengenai BSC
Korporat, OC2 (Enhanced Human Shared
Values Practice) 6 Nilai Bersama
4 Oktober 2022
Satu taklimat telah diadakan secara aplikasi zoom kepada semua kakitangan PUSAKA .
Taklimat ini dibuat untuk memberi kesedaran kepada kakitangan PUSAKA mengenai 6
Nilai Bersama (6 Shared Values). Tujuan taklimat kesedaran ini diadakan adalah untuk
meningkatkan kesedaran wujudnya Enam Nilai Bersama yang menjadi panduan kepada
semua kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak disamping meningkatkan
kefahaman mengenai kepentingan membudayakan nilai-nilai bersama dalam tugasan
harian.
Selain itu, dengan adanya taklimat ini dapat meningkatkan etika moral kakitangan melalui
pengisian program-program ceramah, I-Share dan taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian
Integriti, Seksyen HRPD (Unit HRDQ), Kelab Rekreasi PUSAKA dan Surau PUSAKA.
Taklimat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran kakitangan
PUSAKA seramai 124 orang kakitangan.
12

