Page 11 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 11

Lawatan Penanda Aras ke Unit Integriti dan


           Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS)



























































    25 Mei 2022


    Satu  lawatan  Penanda  Aras  ke  Unit  Integriti  dan  Ombudsman  Negeri  Sarawak  (UNIONS)  yang
    telah  diketuai  oleh  Puan  Suraya  Mohamad  Ali  selaku  Penolong  Pengurus  Besar  Integriti  di
    PUSAKA telah diadakan.


    Tujuan  lawatan  ini  adalah  untuk  berkongsi  ilmu  dan  maklumat  berhubung  dengan  pelaksanaan
    Pelan  Pengurusan  Risiko  Rasuah  (CRM).  Ini  adalah  inisiatif  Bahagian  Integriti  PUSAKA  untuk
    mendapatkan  maklumat  awal  sebelum  Bengkel  Kajian  Semula  Pelan  Pengurusan  Risiko  Rasuah
    diadakan  pada  23  sehingga  24  Jun  2022  di  Dewan  Serbaguna,  PUSAKA.  Selain  itu,  Bahagian
    Integriti PUSAKA juga ingin mewujudkan rangkaian kerjasama antara PUSAKA dan UNIONS.



    Sesi  taklimat  ini  telah  berlangsung  di  Bilik  Mesyuarat,Unit  Integriti  dan  Ombudsman  Negeri
    Sarawak(UNIONS)    dan  turut  dihadiri  oleh  Pegawai  Siasatan  Seksyen  Projek  Khas  ,  Tuan  Wan
    Mohamad Bin Wan Drahman.



                                                                                                 8
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16