Page 17 - e-Buletin Integriti Edisi Pertama Bil.1/2022
P. 17
PUSAKA Sertai Pameran Sempena Hari
Integriti SEDC 2022
10 November 2022
PUSAKA telah menyertai pameran sempena Hari Integriti SEDC 2022 yang telah diadakan hari ini
bertempat di Sarawak Chamber, Riverside Majestic Hotel, Kuching.
Sambutan Hari Integriti SEDC 2022 yang bertemakan “Integriti Tonggak Kecemerlangan” tersebut
telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman
Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Turut diadakan pada majlis berkenaan ialah dua sesi ceramah integriti yang bertajuk The Art Of
Saying No oleh Mantan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional,
YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Systemic Corruption oleh Penceramah Bebas, Tuan
Firdaus Bin Ramlan.
Pada masa yang sama, booth pameran PUSAKA juga turut menerima kunjungan daripada YAB
Premier Sarawak dan seterusnya berpeluang menyampaikan taklimat ringkas mengenai halatuju
dan penerapan Integriti di PUSAKA yang telah disampaikan sendiri oleh Penolong Pengurus Besar
Bahagian Integriti PUSAKA, Puan Suraya Binti Mohamad Ali.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak,
YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain dan Pengurus Besar
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul
Kadir.
Laporan disediakan oleh :
Bahagian Komunikasi Korporat 14
PUSAKA