Page 15 - Limbang_Book
P. 15
Prakata







KETUA PENGARANG lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menyiapkan buku ini
untuk menyambut Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia yang berjudul
Bahagian Limbang; Daerah Limbang dan Lawas: Dahulu Terasing Kini Terjalin. Walaupun
buku
A ini berkonsepkan buku bergambar tetapi untuk maklumat tambahan maka teks dikarang
sedemikian rupa untuk menjalin suatu jalan cerita yang jelas dan mudah difahami.

Saya bernasib baik kerana dapat menjadi peserta dan pemerhati kepada sejarah kemajuan yang
dikecapi oleh penduduk Daerah Limbang dan Lawas sejak mencapai kemerdekaan pada tahun
1963. Sesungguhnya saya merasakan bahawa dahulu terasing, kini terjalin. Kini perpisahan fizikal
di antara dua daerah dan juga dengan seluruh negeri Sarawak yang mengasingkan itu telah dijalin
dengan berbagai bentuk kemajuan pengangkutan, telekomunikasi dan teknologi maklumat dan
komunikasi yang telah menjadikan Bahagian ini satu lagi pintu gerbang, gateway, negeri kita untuk
menjalin jaringan global secara langsung. Semua ini memudahkan saya melaksanakan tanggungjawab
yang telah diberikan.


Tugas ini dipermudahkan lagi kerana banyak pihak dan orang perseorangan yang telah memberi
kerjasama, pandangan, cadangan, maklumat dan meminjamkan gambar-gambar lama. Mereka ini
terdiri dari pemimpin dan orang kampung. Ada juga dari anak Limbang dan Lawas yang kini menetap
di Amerika Syarikat dan Australia yang sudi memberi sumbangan melalui internet, khususnya alumi
Sekolah Menengah Lawas dan Limbang dan juga Ex-Tanjong Lobang gmail group.

Penasihat dan pemimpin utama Limbang dan Lawas, Yang Berhormat Datuk Amar Hj.
Awang Tengah bin Ali Hasan telah banyak memberi pandangan dan cadangan. Semua wakil rakyat
untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri turut memberi bantuan dalam pelbagai cara. Sebagai
Ko-ordinator, En. Maria Hasman, Residen Bahagian Limbang dan kakitangan beliau, En. Mohamad
Nizam Wang dan Cik Sarina Yusuf telah meringankan beban tugas ini. Kepada mereka saya ingin
mengabadikan ucapan terima kasih dan penghargaan. Tidak dapat saya lupakan ialah isteri, Datin
Hjh Fatimah Bt Hj Abdul Malik, bukan saja memberi dorongan tetapi menyemak teks dari awal
hingga akhir.


Terima kasih.








PROFESSOR MADYA DATU HJ. SANIB BIN HJ. SAID



Dahulu Terasing Kini Terjalin | viii
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20