Page 12 - Limbang_Book
P. 12
Perutusan





S aya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan kurniaNya senaskah buku, Bahagian MENTERI PERANCANGAN

Limbang, Limbang dan Lawas: Dahulu Terasing, Kini Terjalin telah berjaya kita terbitkan khusus untuk
DAN PENGURUSAN SUMBER II
menyambut Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia pada tahun ini. Adalah menjadi harapan
saya buku ini akan menjadi mercu tanda perayaan yang penuh bererti semenjak kita mengecapi kemerdekaan.
AWAM SARAWAK
Justeru ini marilah kita menginsafi nikmat kemerdekaan yang tidak kita rasa pada zaman penjajahan. DAN MENTERI KEMUDAHAN

Dahulu kita terasing dalam berbagai segi kerana sejarah telah menentukan bahawa kita terpisah
secara fizikal dengan adanya dua wilayah Negara Brunei Darussalam yang memisahkan Limbang dan
Lawas dengan Negeri Sarawak dan juga di antara Daerah Limbang dan Lawas itu sendiri. Di samping
itu Bahagian ini adalah yang terakhir menjadi wilayah Negeri Sarawak dan terletak pula di hujung utara
bersempadan pula dengan Negeri Sabah.

Tetapi kini telah terjalin semuanya bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segi kemesraan dan
semangat kebangsaan yang satu. Sejak merdeka, khususnya sejak dipimpin oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud yang berpaksikan Dasar Politik Pembangunan telah menjalin kemajuan fizikal, sosial
dan spiritual hingga keseluruh pelusuk Negeri Sarawak. Pemodenan bandar dan luar bandar telah dilaksanakan
dengan berkesan lengkap dengan jaringan jalan raya, telekomunikasi dan birokrasi. Sebenarnya ada hikmah
di sebalik keterasingan itu, kini Daerah Limbang dan Lawas menjadi pintu gerbang secara langsung dan
mudah ke peringkat global melalui Bandar Seri Begawan, Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bahagian Limbang belum memiliki mercu tanda dalam bentuk bangunan, industri dan universiti
seperti yang tersohor di beberapa Bahagian di Sarawak. Namun kita memiliki modal insan yang sangat
dibanggakan. Mereka ini adalah modal insan terbilang yang telah mencapai kejayaan di peringkat negeri,
kebangsaan dan juga antarabangsa. Mendiang Balang Lasung, berasal dari Daerah Lawas, merupakan
johan kebangsaan dan Sukan SEA dalam acara merejam lembing. Awangku Merali bin Pengiran Muhamad,
dari Trusan, adalah sasterawan terbilang yang pernah memenangi hadiah dan anugerah sastera di peringkat
negeri dan kebangsaan. Di samping itu kita ada Bob AF2, Amran bin Tuah dan Lau Chang Hin yang
pernah mengharumkan nama negeri dan negara.

Saya berharap buku ini yang lengkap dengan gambar dan teks cerita akan menjadi bukti akan nikmat
kemerdekaan dan kemajuan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bukti ini biarlah
juga menjadi pendorong dan inspirasi bagi kita semua untuk terus menjalin masa depan yang gemilang.

Sekian, terima kasih.





YB DATUK AMAR HJ. AWANG TENGAH BIN ALI HASAN

v | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17