Page 11 - Limbang_Book
P. 11
Perutusan







YANG AMAT BERHORMAT lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Alah S.W.T kerana dapat menyertai rakyat di
KETUA MENTERI SARAWAK A Bahagian Limbang dalam merayakan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia dengan
segala kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan yang kita nikmati selepas kita merdeka.
S.B.S., D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), D.P., P.S.M., Dalam masa yang sama juga, marilah kita berusaha agar nikmat ini dipelihara dan dikekalkan untuk
S.P.D.K., S.U.M.W., S.S.D.K., S.S.A.P., D.G.S.M.,
D.P.P.N., S.S.S.A., S.P.M.T., KT. W.E. (THAILAND), generasi akan datang sebagai tanggungjawab kita yang ada pada ketika ini.
KEPN (INDONESIA), S.P.M.B. (BRUNEI), K.O.U.
(KOREA), A.O. (AUSTRALIA), P.C.D.
Saya bernasib baik kerana terlibat secara langsung menjadi saksi dan pelaku dalam
sejarah negeri kita semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Oleh yang demikian,
saya berpeluang melihat Bahagian Limbang termasuk Daerah Lawas yang telah mengalami
tranformasi dari segi fizikal dan insani. Sesungguhnya tema buku ini amat tepat – Dahulu Terasing
Kini Terjalin. Pada peringkat awal, saya sendiri merasakan betapa sukar dan rumitnya untuk melawat
Bahagian Limbang dan selepas itu pula bagaimana untuk ke Daerah Lawas yang terasing oleh
Daerah Temburong dalam Negara Brunei Darussalam. Demikianlah juga untuk menyampaikan
penerangan dan membawa pembangunan kepada penduduk yang jauh dari pusat pentadbiran.


Kini semua masalah ini telah kita atasi dengan jayanya atas inisatif pemimpin tempatan dengan
kerjasama pentadbir dan rakyat seluruhnya. Sejak kebelakangan ini, kepimpinan YB Datuk Amar
Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dan wakil-wakil rakyat lain dalam Barisan Nasional telah terbukti
berjaya membawa Bahagian Limbang ke dalam arus perdana pembangunan walaupun berada jauh di
hujung negeri. Bukti-bukti tranformasi ini bukan saja terserlah pada bangunan dan jalan raya tetapi
juga saya turut berbangga anak-anak tempatan telah mencipta nama di peringkat negeri, negara dan
antarabangsa.


Saya percaya buku ini akan menjadi bukti yang dapat kita lihat sendiri akan tranformasi yang
telah menjadikan Bahagian Limbang termasuk Daerah Lawas tidak lagi terasing dan terpinggir.
Gambar-gambar seperti lukisan, mengandungi seribu perkataan menceritakan tranformasi itu dengan
mengingatkan kita kembali pada masa-masa lampau dan memikirkan bagaimana kita harus merancang
untuk masa depan yang lebih unggul.













YAB PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD



Dahulu Terasing Kini Terjalin | iv
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16