Page 13 - Limbang_Book
P. 13
Perutusan







SETIAUSAHA KERAJAAN Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada Pejabat Residen Bahagian
NEGERI SARAWAK Limbang dan Pejabat Daerah Limbang dan Pejabat Daerah Lawas kerana telah berjaya menerbitkan
buku edisi khas ini. Saya kagum dengan kesungguhan ini dan berharap masyarakat di seluruh
Bahagian Limbang memperoleh banyak pengetahuan melaluinya. Sesiapa sahaja yang menatap
dan membaca buku ini sudah pasti mengetahui susur galur sejarah, peristiwa-peristiwa penting,
transformasi pembangunan dan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh Bahagian Limbang
dahulu dan hari ini sesuai dengan temanya iaitu ‘Dahulu Terasing Kini Terjalin’. Penerbitan buku
ini amat tepat dalam kesyukuran kita merayakan sambutan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia
dan sudah pasti ianya dapat membimbing generasi muda memahami perjuangan dan menghargai
erti kemerdekaan yang disumbangkan oleh generasi dahulu.


Bagi penjawat awam yang pernah berkhidmat di Limbang pada masa dahulu semestinya mengetahui
untuk sampai ke Limbang mahupun Lawas bukanlah suatu perjalanan yang mudah dan singkat.
Keterasingan dengan bahagian-bahagian lain menjadikan Limbang dan Lawas ketika itu sukar
dikunjungi namun hari ini umum mengetahui Limbang dan Lawas dilawati dengan mudah
dengan adanya pelbagai alternatif pengangkutan dan perjalanannya mengambil masa yang singkat.
Justeru itu, saya berharap kakitangan awam di Limbang dan Lawas terus berusaha mempamer
dan mempertingkatkan komitmen serta perkhidmatan yang cekap, jujur dan ikhlas selari dengan
cogankata ‘An Honour To Serve’ dan ‘One Government At Your Service’. Perkhidmatan yang
efisien dan efektif akan memberi imej terbaik di mata masyarakat bahawa penjawat awam diberi
kepercayaan dan harapan tinggi untuk memacu pembangunan yang berterusan. Seterusnya saya
juga berharap masyarakat di Limbang dan Lawas memberi sepenuh kerjasama dan terlibat secara
langsung dalam pembangunan bagi membantu Kerajaan membangun dan memajukan Bahagian
Limbang.

Dengan kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pimpinan dahulu dan kini yang telah banyak berkorban untuk pembangunan Bahagian
Limbang. Saya yakin dengan kerjasama padu dan komitmen jitu antara pemimpin, masyarakat
amnya dan penjawat awam di semua peringkat ianya akan membuahkan kejayaan yang bermakna.














YB DATUK AMAR HAJI MOHAMAD MORSHIDI BIN HAJI ABDUL GHANI

Dahulu Terasing Kini Terjalin | vi
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18