Page 14 - Limbang_Book
P. 14
Pengenalan





A lhamdulillah syukur dipanjatkan pada Allah S.W.T kerana dengan kurnianya maka Buku RESIDEN

Edisi Khas Bahagian Limbang ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Dalam masa yang
BAHAGIAN LIMBANG
singkat pasukan penerbitan yang diketuai oleh Professor Madya Datu Hj. Sanib Bin Hj. Said
dan Saudara Mohammad Nizam Wang telah berusaha keras dan menunjukkan komitmen tinggi
membuat penulisan yang menarik, mengumpul koleksi gambar lama dan variasi foto-foto terkini. Saya
ingin merakamkan penghargaan kepada YBhg. Datuk Amar Wilson Baya Dandot atas inisiatif beliau
mencadangkan penerbitan buku bergambar bagi setiap bahagian. Apresiasi juga diberikan kepada Dr.
Haji Sulaiman Husaini serta rakan-rakan yang telah memberi sumbangan yang banyak khasnya dalam
penghasilan gambar-gambar udara yang terbaru Bahagian Limbang.

Penerbitan buku bergambar ini merupakan inisiatif kita untuk memperlihat dan menghayati
kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai sejak 45 tahun lalu. Arus pembangunan yang pesat
membuktikan bahawa Limbang yang terletak di utara Sarawak kian maju seiring dengan pembangunan
yang berlaku di bahagian-bahagian lain. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan agar semua
lapisan masyarakat amnya dan generasi muda khasnya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan
untuk terus menggembleng pemacuan pembangunan yang progresif, sejahtera dan unggul.

Tema Dahulu Terasing Kini Terjalin sebenarnya memberikan makna tersendiri kepada fasa-
fasa pembangunan di Limbang. Walaupun dahulu terasing kerana lokaliti dan perhubungan
yang sukar namun Daerah Limbang dan Lawas kini sudah terjalin kukuh malah menjadi pemangkin
pembangunan di utara Sarawak. Kepesatan pembangunan negara jiran telah memberi suntikan
ekonomi, melebar hubungan antarabangsa dan seterusnya meletakkan Limbang terus maju di
persada antarabangsa.


Diharap Bahagian Limbang terus menikmati kemajuan dan muncul antara bahagian yang
disegani di Sarawak. Seluruh masyarakat harus komited dan memberi sokongan padu terhadap
program-program pembangunan yang telah dan bakal menanti masyarakat berbilang kaum di Bahagian
Limbang. Semoga Limbang terus makmur dan sejahtera.












MARIA BIN HASMAN




vii | Dahulu Terasing Kini Terjalin
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19