Page 13 - PBM_2024
P. 13

PROGRAM & ACARA TAHUN 2024

                         KAUL SERAHANG





                                              KAKAN




             Tapak Kaul Serahang, Pantai Kuala Lama Mukah                                      20 April 2024





















                                                                  Kaul  Serahang  Kakan  telah  diadakan  pada  bulan
                                                                  Kaul  Serahang  Kakan  telah  diadakan  pada  bulan
                                                                  April  2024.  Berlepas  dari  Jeti  Kampung  Tradisi
                                                                  April  2024.  Berlepas  dari  Jeti  Kampung  Tradisi
                                                                  Tellian,  rombongan  membawa  Serahang  akan
                                                                  Tellian,  rombongan  membawa  Serahang  akan
                                                                  berlabuh di muara pantai Kuala Lama, Mukah.
                                                                  berlabuh di muara pantai Kuala Lama, Mukah.












        Upacara  tradisi  masyarakat  Melanau  di  Mukah  iaitu
        Kaul  Serahang  Kakan  antara  yang  dinanti-nantikan
        oleh  masyarakat  tidak  kira  dari  dalam  ataupun  luar
        Mukah.  Bermula  jam  6.00  pagi,  Bapa  Kaul  dan
        penduduk kampung bersedia di jeti sebelum menaiki
        bot menelusuri Sungai Tellian menuju ke Tapak Kaul
        Serahang  Kakan,  Kala  Dana.  Muzik  tradisional
        Melanau dimainkan sepanjang menelusuri sungai itu.


        Kaul  merupakan  tradisi  turun  temurun  yang  perlu
        dilakukan setiap tahun kerana ia merupakan adat dan
        budaya  masyarakat  Melanau.  Bapa  Kaul  merupakan
        perantara    atau    orang    tengah    yang    akan
        menghubungkan  penduduk  di  dunia  nyata  dengan
        Ipok. Disebabkan itu, Bapa Kaul memainkan peranan
        penting  dalam  upacara  ini  kerana  sudah  menjadi
        tanggungjawabnya untuk merayu makhluk halus dan
        Ipok,  menghalau  segala  kejahatan  dan  malapetaka
        yang  mungkin  menimpa.  Bapa  Kaul  juga  akan
        membawa  serahang  untuk  menjamu  Ipok.  Serahang
        berisi  makanan  seperti  sirih  pinang,  penyaram  dan
        pulut kuning yang wajib ada dalam serahang.
                                                                                                     Page 21

                                             Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah
                                                     Edisi Tahun 2024                                       M/s 11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18