Page 8 - PBM_2024
P. 8

RUANGAN INOVASI, KUALITI DAN REKACIPTA
    RUANGAN INOVASI, KUALITI DAN REKACIPTA

                                                    MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2024
                                                    (MTE 2024)
                                                    Berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) dari 22 hingga
                                                    24 Februari 2024, Kumpulan IPOK dari Pejabat Residen Bahagian
                                                    Mukah telah menyertai MTE 2024 dan mendapat penarafan Perak
                                                    bagi  kategori  Inovasi  Perkhidmatan  Awam  Asia  (PSIA).  Untuk
                                                    makluman,  ini  adalah  penyertaan  buat  pertama  kalinya  di
                                                    peringkat MTE daripada Pentadbiran Bahagian Sarawak.


























        KONVENSYEN KUMPULAN INNOVATIVE AND CREATIVE CIRCLE (ICC) 2024
                               PERINGKAT JABATAN PREMIER SARAWAK

     Pentadbiran  Bahagian  Mukah  meneruskan  usaha  dalam  bidang  inovasi  dengan  menghantar  7  kumpulan  pada
     konvensyen kali ini: Pentadbiran Bahagian Mukah (Tapow 3.0), Pejabat Residen Bahagian Mukah (IPOK), Pejabat
     Daerah Mukah (C'earth 2.0), Pejabat Daerah Dalat (Black Fly Soldier), Pejabat Daerah Matu (The 90's), Pejabat
     Daerah  Daro  (Terubok)  dan  Pejabat  Daerah  Tanjung  Manis  (T-Mar_neez).  Pentadbiran  Bahagian  Mukah  meraih
     Johan  &  Tempat  Ketiga  Anugerah  Inovasi  Setiausaha  Kerajaan  Sarawak  (Kategori  Pejabat  Residen  dan  Daerah)
     menerusi IPOK (Johan) dan Tapow 3.0 (Tempat Ketiga).











    SARAWAK CIVIL SERVICE
   INNOVATION CONVENTION
     AWARDS (SCSICA) 2024











     Pentadbiran Bahagian Mukah telah terpilih untuk menghantar 2 kumpulan Inovatif dan Kreatif ke peringkat SCSICA
     2024  iaitu  IPOK  yang  mewakili  Pejabat  Residen  Bahagian  Mukah,  manakala  Tapow  3.0  mewakili  Pentadbiran
     Bahagian Mukah. Berlangsung di Pullman Kuching pada 21 hingga 25 Oktober 2024, Pentadbiran Bahagian Mukah
     berjaya meraih Anugerah Khas Inovasi SCSICA (Kategori Pejabat Residen dan Daerah) menerusi Kumpulan IPOK
     selain turut meraih penarafan 4 Bintang (IPOK) dan 2 Bintang (Tapow 3.0).

                                             Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah                              M/s 6
                                                     Edisi Tahun 2024
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13