Page 12 - PBM_2024
P. 12
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN BENCANA PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN
COVID-19 (PKRC)
04 APRIL 2024
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah telah mengadakan majlis penyerahan peralatan
bencana yang pernah digunakan semasa operasi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Antara
penerima peralatan-peralatan tersebut adalah Hospital Mukah, Community Development and Intervention
Centre (CDIC), Surau Darul Abrar (Kampung Sesok Baru, Mukah), Surau Al-Muhajirin (Kampung Tabo,
Mukah), Gereja St. Peter dan Paul serta sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Dalat dan
Mukah. Peralatan-peralatan yang telah diserahkan adalah penghawa dingin mudah alih, katil, tilam, bantal,
kipas, pemanas air, serta peralatan perubatan dan kesihatan.
PROGRAM PENANAMAN POKOK: PENGHIJAUAN BAHAGIAN MUKAH - PERINGKAT
DAERAH TANJUNG MANIS 2024
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melalui Pejabat Hutan
Wilayah Sarikei dan Pejabat Daerah Tanjung Manis
telah menjalankan aktiviti penanaman pokok
sempena Kempen Penghijauan Bahagian Mukah pada
28 April 2024. Aktiviti penanaman yang diadakan di
kawasan Tanah Perkuburan Islam Belawai, Mukah ini
dihadiri 80 peserta yang terdiri daripada komuniti
setempat dan staf JHS. Mereka telah menanam 570
anak pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata).
Turut hadir, YB Ir Yusuf Abdul Wahab, Ahli Parlimen
Tanjong Manis yang turut menanam pokok bakau
sebagai simbolik perasmian.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah
Edisi Tahun 2024 M/s 10

