Page 14 - PBM_2024
P. 14
PROGRAM & ACARA TAHUN 2024
PESTA KAUL OYA
Pesta Kaul Oya Tahun 2024 telah diadakan pada 19
hingga 21 April 2024 bertempat di Tapak Kaul Oya
dengan tema ‘Berkaul, Bergaul dan Beriadah’.
Acara-acara yang telah mewarnai Pesta Kaul Oya
2024 lepas adalah sukan rakyat (tradisional),
pelbagai acara sukaneka, Pertandingan Memasak
Umai, Linut dan Ikan, Pertandingan Fesyen Pakaian
Kanak-kanak Melanau, Pertandingan Mewarna
Kanak-kanak, Pameran Tradisional (Busana, Muzik,
Permainan, Perubatan), Saringan Kesihatan, gerai
jualan dan Pameran Buku Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pesta Kaul Oya telah dirasmikan oleh Tuan Yang
Terutama (TYT), Yang Dipertua Negeri Sarawak,
Tun Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diringi
oleh Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Pesta Kaul Oya memegang prinsip utama bagi menonjolkan budaya adat resam yang menjadi identiti
masyarakat Melanau. Pesta ini turut menjadi medium utama mengetengahkan kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat tempatan serta ruang legar mempromosikan produk-produk hasil tempatan seperti makanan
tradisional, kraftangan dan pelbagai hasil bumi di Daerah Kecil Oya.
Buletin Pentadbiran Bahagian Mukah
Edisi Tahun 2024 M/s 12

