Page 9 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 9
PERKARA 11: MENGENALPASTI DAN MEMILIH PUSAT PEMINDAHAN
11.1 Pejabat Residen, Daerah, PKMB, JPAM, PDRM, Kesihatan, JKR, Bomba,
PBT, Pendidikan atau mana-mana agensi bersesuaian dan/ atau
pemimpin tempatan perlu mengenalpasti pusat-pusat pemindahan bagi
menempatkan mangsa-mangsa bencana bila berlakunya sesuatu bencana.
11.2 Lawatan bagi mengenalpasti Pusat Pemindahan perlu diketuai oleh
Pegawai Pejabat Residen atau Pegawai Daerah dengan penyelarasan
PKMB.
11.3 Lawatan berkenaan boleh melibatkan mana-mana kalangan agensi yang
bersesuaian di Sub Perkara 11.1 dan pemimpin tempatan.
11.4 Pengesahan kesesuaian termasuk pengemaskinian Pusat Pemindahan boleh
dibuat dari masa ke semasa, selewat-lewatnya Oktober setiap tahun
kecuali ada maklumat mencukupi untuk membuat keputusan tanpa
memerlukan lawatan.
11.5 Bangunan atau kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk dijadikan
sebagai Pusat Pemindahan adalah seperti sekolah, balai raya, dewan
serbaguna, bangunan kerajaan, fasiliti milik swasta atau persendirian atau
bangunan atau kawasan lain yang bersesuaian.
9