Page 8 - SOPBencana_jkmnsarawak
P. 8
BAB C
PERINGKAT SEBELUM BERLAKU BENCANA
(KESIAPSIAGAAN)


PERKARA 9: PROFAIL PENDUDUK (MAKLUMAT ASAS PENDUDUK)


9.1 PKMB perlu mendapatkan Profail Penduduk (Maklumat Asas Penduduk)

mengikut kampung atau sesuatu kawasan penempatan khasnya kawasan

berisiko tinggi bencana daripada Pejabat Residen, Daerah, Penghulu,
Ketua Kampung atau komuniti tempatan bagi langkah kesiapsiagaan

menghadapi bencana terutama bagi jangkaan awal keperluan bantuan.



9.2 Maklumat asas yang diperlukan memadai seperti di bawah atau
sebagaimana yang dimiliki oleh pihak yang membekal maklumat di

Perkara 9.1 di atas.

9.2.1 Nama Ketua Isi Rumah;

9.2.2 Bilangan dan Maklumat Isi Rumah;
9.2.3 Alamat Rumah; dan

9.2.4 Nombor Telefon.


PERKARA 10 : MENGENALPASTI KAWASAN BERISIKO BENCANA



10.1 PKMB juga hendaklah mendapatkan maklumat kawasan berisiko tinggi
berkemungkinan dilanda bencana seperti banjir daripada Pejabat Residen,

Daerah atau mana-mana agensi lain berdasarkan jangkaan melalui fakta-

fakta yang ada atau melalui rekod lalu untuk kesiapsiagaan.


10.2 Peta-peta berkaitan kawasan berisiko tinggi hendaklah diperolehi daripada

Jabatan Tanah & Survei, Jabatan Pengairan & Saliran atau mana-mana

agensi berkenaan untuk dipamerkan di Bilik Gerakan/ Operasi bagi

memudahkan rujukan.

8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13